Showing posts with label AZIZUL. Show all posts
Showing posts with label AZIZUL. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Haq Juara!!

Haq dengan hadiah yang dimenangi

Abdul Haq
telah menjadi juara pertama Kejohanan Kelantan FIDE Rated walaupun kejohanan masih berbaki 3 permainan. Dengan menewaskan Baharuddin, Abdul Haq memintas Nik Ahmad Farouqi dengan 9.5 mata. Keputusan ini menyebabkan Nik Ahmad Farouqi jatuh ke kedudukan kedua dengan 9 mata. Tempat ketiga pula disandang oleh Mohd Azizul setelah tewas kepada Naserov yang tiba-tiba bermain seperti sepupunya Kasparov dari Russia. Mohd Azizul menamatkan kejohanan dengan 8 mata dan tidak akan dapat dikejar oleh Syed Azizi sekalipun beliau menang kedua-dua permainan terakhir menentang Ariez dan Wan Mahadzir Sabtu ini.

Saksikan permainan-permainan menarik yang berlangsung semalam.






Baki 3 permainan tersebut adalah:

Wan Mahadzir vs Syed Azizi
Norazlin vs Wan Mahadzir
Ariez vs Syed Azizi

Saturday, December 3, 2011

Cikgus membuktikan kekuatan

4 perlawanan telah diadakan pada hari ini. Walaupun bermula agak lewat, namun kesemua permainan berjaya ditamatkan. Cikgu Azizul membuktikan beliau masih mampu untuk bersaing merebut kejuaraan apabila memenangi kedua-dua permainan menentang Wan Mahadzir dan juga Ariez, manakala Cikgu Nik Nazri berjaya mengumpul 1.5 mata setelah menang dengan Wan Mahadzir dan seri dengan Ariez.

Keputusan penuh:

11 pagi



Wan Mahadzir 0 - 1 Mohd Azizul
Ariez seri Nik Nazri

3 petang



Ariez 0 - 1 Mohd Azizul
Nik Nazri 1 - 0 Wan Mahadzir











Saturday, November 19, 2011

Nik hampir mendapat mata penuh

Nik Ahmad Farouqi mengapuhkan kekelikannya ke Kelantan dengan mengutip mata demi mata dalam usaha beliau untuk menjadi juara pertama 1st FIDE Rated. Bermula cemerlang di Kuala Krai dengan membelasah Krai Master Baharuddin sampai dia tak dapat makan roti canai guna tangan lagi, Nik disekat oleh Nik apabila Nik memaksa Nik menerima tawaran draw.


Keesokan harinya Nik tiba liwat di Insta FOrex untuk memblunder Jijoe yang telah menunggu beliau sejak jam 8 pagi. Ini menyebabkan Jijoe blunder digerakan ke 18 dengan Nxb5. Namun begitu Jijoe sempat berbangga apabila mentrick Nik dengan membawa game ke arah Morra Gambit, opening yang Nik sendiri gunakan. Setelah kejutan awal itu, Nik menyodok Marzuki dan juga Azlin dengan rakus sekali. Marzuki yang dipanggil secara rawak setelah dinosour Syed Azizi belum kebah daripada demam telah disodok sebelum itu oleh kebangkitan Hero yang boleh berbangga dengan 2 kemenangan ke atas pemain rated.


Dengan ini, AZLIN MASIH MENCARI KEMENANGAN PERTAMA.


Keputusan:

18 Nov 2011

9 pagi

Nik Nazri 1 - 0 Ezmi
Nik Farouqi 1 - 0 Baharuddin





2 petang

Nik Nazri draw Nik Farouqi
Ezmi 0 - 1 Baharuddin





19 Nov 2011

9 pagi

Azizul 0 - 1 Nik Farouqi
Marzuki 0 - 1 Ezmi






12 tengahari

Marzuki 0 - 1 Nik Farouqi
Ezmi 0 - 1 Azizul







20 Nov 2011


9 pagi


Azlin 0 - 1 Nik Farouqi



Liputan ini juga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris standard di laman My Chess Life jika anda bermasalah untuk memahami post ini.

Monday, October 10, 2011

Marzuki berjaya mengekang kemaraan Azizul

Hasrat Azizul menambah koleksi mata penuh berjaya disekat oleh Marzuki Yaacob dengan berkongsi setengah mata pada perlawanan mereka sabtu lepas. Dengar kata Azizul dalam keadaan "time trouble" walaupun game itu memihak padanya.....Marzuki yang amat terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa serta rendah diri, apabila ditanya bagaimana beliau berjaya mencuri setengah point daripada Azizul dengan muka tenang beliau menjawab, "Main catur ni serupo belago lembu, kadang-kadang lembu hok napok monyok itu jangan di sangka mudah untuk dikalahkan...yang monyok itu sebenarnya menyimpan seribu persoalan apabila dilepaskan".......beliau menyambung lagi, "begitulah jugak dengan ambo, walaupun ambo selalu tido semasa perlawanan, sekali ambo bangun tido, ambo ghaso kekuatan ambo buleh mengalahkan kedua-dua ekor lembu belago tersebut"....

Nampaknya semua pemain Kelantan based telah berjaya melangsaikan hutang perlawanan masing-masing...keputusan-keputusan lain adalah:

Baharuddin vs Azlin : 1-0
Baharuddin vs Marzuki : Draw
Syed Azizi vs Baharudin : 1-0
Azlin vs Nik Nazri : 0-1

Kita saksikan sedutan perlawanan Marzuki melawan Azizul............

Saturday, October 1, 2011

Lagi game hari ni...

kemah abe leng kito key in terus..ambo bubuh selaluh la, takut lupo....game marzuki jah payoh sikit nok key-in..tulise huduh po nyepak..

Jiji baru kelik sekoloh tu...ado tusyen hari ni





Paka analisa gambar je lah...gayo mace GM Bok Bong...


Friday, September 30, 2011

Azizul menang bergaya, Azlin masih mencuba

Azizul menang bergaya dengan Baharuddin pada set pertama..entah mengapa Baharudin menjadi sangat sekung pada set yang pertama...mungkin juga mengakui kekuatan pemain Malaysia masih jauh lagi daripada pemain Liverpool ada sedikit kaitannya...dikhabarkan selepas game ini, Baharuddin memberitahu dia telah touchmove pawn f6, jadi dia secara profesional meneruskan juga perlawanan...walaubagaimanapun, Azizul agak memulas perut juga apabila move f6 Baharuddin mungkin opening dan preparation terkini Baharuddin untuk kejohananan ini......siap Azizul buleh kato jaringan Suarez minit ke-9....ambo male ni tok leh nok barbat mmano, ngatuk sangat doh, idea pun jjadi takdok...bimbe jugok ni kalau2 blunder buat liputan....

[White "Azizul"]
[Black "Baharuddin"]
[Result "1-0"]

1.Nf3 f6 2.d4 b6 3.d5 Ba6 4.b3 c6 5.c4 Nh6 6.Bxh6 gxh6 7.e4 cxd5 8.Qxd5 Nc6 9.Qh5#

Laa..tok sempat nok bukok fritz lagi nok analisis, check mate kketol doh...



[White "Azizul"]
[Black "Norazlin"]
[Result "1-0"]

1.Nf3 Nc6 2.d4 d5 3.Bf4 Bf5 4.c3 e6 5.e3 Bd6 6.Bd3 Bg4 7.Bxd6 Qxd6 8.Nbd2 e5 9.dxe5 Nxe5 10.Be2 Nf6 11.Nxe5 Bxe2 12.Qxe2 Qxe5 13.Qb5+ Nd7 14.Nf3 Qe6 15.O-O-O O-O 16.Qxd5 Qxd5 17.Rxd5 Nb6 18.Rd4 c5 19.Rd3 Rfd8 20.Rhd1 Rxd3 21.Rxd3 Kf8 22.b3 f6 23.c4 Ke7 24.a4 Rd8 25.Rxd8 Kxd8 26.Nh4 g6 27.f4 Ke7 28.Nf3 Nd7 29.Kc2 Ke6 30.e4 h6 31.Kd3 Kd6 32.g3 b6 33.Nh4 Nf8 34.g4 Ke7 35.e5 Ke6 36.Nxg6 Nxg6 37.f5+ Kf7 38.fxg6+ Kxg6 39.e6 Kg7 40.Ke4 Kf8 41.Kd5 Ke7 42.h3 a6 43.h4 h5 44.gxh5 f5 45.Ke5



Tengok pada kedua-dua opening, napok mace Baha nge Azlin RETI main opening ni, tapi keno timbuk jugok..

Selepas 2 pusingan di jalankan di kelantan, Azizul masih lagi kemah keming rapat jib (ni ayat Ariez) di mana masih belum tewas pada lawannya. Sementara itu tugas berat harus digalas oleh dua pemain iaitu Norazlin dan Nik Mohd Nazri kerana masih mengintai peluang mencuri mata daripada pemain lain....yang pasti kejohanan ini sangat mendebarkan kerana keupayaan pemain membuat upset masih ada...

Atas permintaan Ezmi, dio kato biarlah game mmain alik kelate pun, tapi masa buat liputan dio nak gambar dio ado jugok...mmapuh keghah gini...jadi untuk tidak menghampakan Ezmi, ambo terpaksalah letak jugak, bak kato oghe putih : lok ko dio lah............