Sunday, October 30, 2011

Ezmi menang ke atas Azlin

Dengar kaba Ezmi menang lawan Azlin.......Kali ini Ezmi membawa bersama jurulatih dan juruletih nok melaye dio, IM Mas untul counterpart Azlin yang khabarnya akhir-akhir ini sentiasa membawa Guru Bahasa Inggeris untuk mengkaji bukamainan English nya.....


Latest Update : Azlin seri dengan Ariez dan Ariez pula kalah dengan Nik Farouqi

abe leng kito sedih lagi ko keno tazkirah ke cikgu english hari tu?

Berlangsung dua perlawanan di Kuala Lumpur. Azlin berjaya mengikat Ariez dengan keputusan seri manakala selepas itu Ariez di slav oleh Nik Farouqi. Ambo bubuh game kedua-dua player....tok de nok barbat mano sebab ambo masih lagi dalam keletihan di Johor Open....walaupun dapat no.6, tapi kemenangan dengan Marzuki dan Azlin sebenarnya banyak membantu kekemasan game ambo.....hoh bilo lagi ambo nok besoho....ikut ambo la!



Wednesday, October 26, 2011

Nasrul vs Azlin : 1-0


Lagu ni lah jadi gambar kalu takdok mokcik cleaner nok tulong ambik gambar gak...nasib baik pas tu Jijo maghi.......

Press Statement:

I should be able to beat Nasrul .. however, the presence of his English teacher, Azizul hindered my chance to register my first win.. His English Opening was flawless as his teacher sang an english song during game.... I have to fight until the end.. hoping a stalemate but Nass Siro played like Johnny English .... I need to find an English teacher who can sing also... (I can write better in English after the defeat) hahahahaha
....


Nasrul menang lagi, Azlin terus kempunan

Guano napok kembung molek Nasrul tew?

Nasrul menang lagi hari ini dengan bukamainan c4 (English) ke atas Azlin. Walaubagaimanapun, oleh kerana Cikgu Azizul telah sms untuk datang melihat game pada pagi ini, akhirnya bukamainan English tidak menjadi perfect kerana Nasrul sangat takut jika guru bahasa Inggeris ada disebelahnya. Dengan kemenangan ini, jadual terkini sudah berubah seperti berikut :

Mohon maaf, game tidak dapat diupload lagi kerana game hari ini mencecah lebih 60 gerakan gara-gara Azlin mengharapkan stalemate dari Nasrul selepas pada move 35, Nasrul telah "offer" Azlin supaya resign tetapi oleh kerana Azlin kata sejarah stalemate antara Ezmi dan Wan Mahadzir tidak mustahil akan berulang, maka game diteruskan sehingga tengahari....

Sedikit gambar2 sekitar perlawanan hari ini.....

Azizul : Leng, demo patut masuk kelas tusyen English kawe, baru buleh lawe denge English opening...kalu nok royat la, kawe pun tengah free lo ni marking kertas..
Azlin : Ho, buleh, kiro 8 kot tok atah par!

Position terakhir mengharapkan stalemate!!!.......

Tuesday, October 25, 2011

Rekod tanpa kalah Marzuki lebur, Nasrul terhutang budi dengan kelas bahasa Inggeris Cikgu Azizul

Mapuh keno jadi kameraman jugak tengoh mmain.....

Akhirnya, hari ini berkat kesabaran Nasrul cuba improve bahasa Inggerisnya yang telah beberapa kali di tegur oleh Cikgu Azizul, hari ini beliau dapat menghasilkan kemenangan sulung pada FIDE rated ini. Marzuki sangat terkejut apabila melihat Nasrul bermain english kerana sebelum ini beliau langsung tidak menduga Nasrul akan bermain english kerana telah melihat banyak kelemahan-kelemahan penggunaan grammar Nasrul yang hancur.

Berikut adalah game kedua-dua pemain tersebut. Satu ketika, apabila Marzuki memberi pawn pada e5, Nasrul terpaksa berfikir panjang gara-gara kekuatan Marzuki memang luar biasa...rupanya memang benar, beliau cuba kuca bara kan bahagian tengah dengan harapan menukar banyak pawn dengan pieces...hampir kecut perut juga Nasrul dengan kebarbatan pengerusi barbat ni.....

hoh, oghe tino ajok make malam doh...sambung lagi atau paka update hok ni jah dulu...gambar akan menyusul di mana gambar sangat pelik sebab takde makcik cleaner yang sudi tolong tangkap gambar.....jadi terpaksa ambik sendiri...



Pose menarik tiru gaya Ezmi, tapi tak sehebat Ezmi la....baju merah ni pun memain peranan penting sebab selepas Nik sembur ambo pakai baju lagu nih, ambo raso ni pelue ambo sembur Marzuki pulok, tapi oleh kerana Marzuki amat sopan, ambo tok sapa hati...

Barbat lako2!

Sunday, October 23, 2011

Ab Haq drew with Nik Ahmad Farouqi

Keputusan terkini, perlawanan kedua-dua player ini berkesudahan dengan keputusan seri. Bermain di perpustakaan awam Shah Alam kerana DATCC tutup pada hari ahad, sedikit kelam kabut dan jiwo kabot berlaku semasa perlawanan mereka kerana dikhabarkan ada staf pustaka tidak benarkan bermain catur di dalam pustaka, walaupun permainan catur itu sendiri suatu seni yang memerlukan kesenyapan sepanjang bermain...

Game kedua-dua pemain ini adalah seperti berikut..ambo tok leh barbat banyok..nak sambung perjalanan ke Kota Bharu untuk cuba memburu kemenangan sulung di Kota Bharu menentang tauke lembu dan kuba, Marzuki dan tauke jarum emas, Azlin. Hanya dua game sempat ambo setelkan kali ini, 4 game lagi bulan 12 akan diuruskan kerana melibatkan guru-guru sekolah yang katanya banyak hal dengan menanda kertas periksa, membuat lawatan sambil belajar dan sibut dengan buku ledger...



Terima kasih Nik sediakan game diatas..kalu pakat2 buat gini beghaso suko jah nok update daripada sibuk duk menanyo bilo nok updates......

Saturday, October 22, 2011

Strategi baju Ezmi tidak menjadi, akur dengan kekalahan ditangan Nik

Nik Farouqi vs Ezmi : 1-0

Hari ni berlangsung lagi perlawanan di antara Nik Farouqi dan Ezmi Mahmood. Sekali lagi Ezmi cuba bermain saiko dengan rated player di mana baju yang dipakainya mempunyai kuasa dalam yang luar biasa di mana dalam baju ada dirinya, dalam dirinya ada korok mung...

Namun begitu dilihat pada perlawanan ini, nampaknya dua-dua memang hebat kerana pada satu ketika Ezmi nampaknya sudah sedap buoh dio, tapi lepah itu Nik memaih dan paih pah ceroh sehingga dapat smula pampasan buoh yang dia nak......ahh ayat begapo ni...pah ko ambo jjadi tok betul.....



Oklah, ambo tok de nok berbarbat mano..dengar kato esok Nik akan lawan Haq, dan pada deepavali Nasrul akan berentap dengan Marzuki dan Azlin di tempat sekalo set kelantan main di forex kubang kerian..sedikit keresahan Nasrul kerana baju yang dibuatnya "jago lako2" masih belum siap kerana terpaksa memulakan perlawanan dengan lebih awal....

Acu kelih mmolek tu...tengok Ezmi tengah kusyuk, tapi Ezmi sorang lagi kat bajunya juga sedang memerhatikan...jadi strategi Nik tidak menjeling terlalu lama pada Ezmi dibaju sebenarnya sedikit sebanyak advantage kepadanya, masakan tidak pada masa yang sama Nik juga menggunakan teknik penyemburan air liur yang berkesan untuk mengaburi Ezmi dibaju itu...

Ahhhhh...ambo mengarut lagi........................................

Berita sampingan, Kelantan Team (PCNK) telah menang pada perlawanan pertama di DATCC Team event 2011 dengan kemenangan 2.5-1.5 terhadap lawannya. Syabas diucapkan dari krew bilik berita Fide Rated Kelante.

KEDUDUKAN TERKINI SEMUA PEMAIN SELEPAS PERLAWANAN INI ADALAH :


Tuesday, October 18, 2011

Nik Farouqi VS Ezmi

Hoh...tok main lagi la..sabtu ni baru main..nanti ambo update! apa-apapun layan lagu janda dulu....lagu tema dari ManisFM yang ditujukan DJ untuk semua pemain catur Fide Kelate.....

Saturday, October 15, 2011

Nik Farouqi Vs Nasrul

"Hoh..mano Josah nak gi yido.."

Ble-ble slow, ambo try lah jugok key-in...pah terpakso gi beli wireless card kat bowoh...broadband ambo tok kuat...ambo lebih rela key in dan update blog selaluh daripada pah ni ada hok dok sibuk duk mintok ambo update...ambo royat doh blog ni bukan blog rasmi pun tok pahe2...kalu rasmi dan kerja ambo ngadap blog ni takpolah jugok

Tapi takpolah..ambo tok teraso hati pun, seghabut peghut sikit2 jah...jange wi ambo ngaju sudoh, terus terkubur blog ni....janji ambo ikhlas berbarbat untuk saing2...jadi saing2 kena pahe lah kesibukan ambo untuk update blog ni...kalu ado bahan, adolah, kalu takdok, tunggu lah....pah "barbat" ni buke seghupo belago lembu, pah sekor, sekor, tapi barbat ni bilo jiwo dale maghi nge sediri....gapo2 pun hoh, ni dio game ambo lawe nik tadi...ngelah2 tu mace ado lube...tapi sebab duk mikir air liur pun tok basuh lagi, nok main cepat2 nak gi mandi...




Bila analisis balik, kalu ambo tok make (fxe4 pada move 52), move Qg5...rasanyo lain mace jadinya...yo lo ko?? ado sapo arif nok jawab....sebab Qg5 meme mengelak Qc1 + pada masa sama buleh try draw sebab buleh main Qf4...silap2 buleh mene? buleh mene? yo lo ko?.....siluman..sila beri idea! ambo sajo nak try belajar analisis game pulok.

lambat sangat jawab...ambo jawab sediri lah...ambo ghaso tok leh jugak lah...dio turun Qc3 jah protect....kesimpulannya air liur Nik meme hebat!

Keputusan terkini di DATCC hari ini

Keputusan terkini pada pagi ini adalah memihak kepada Nik Farouqi yang memulakan perlawanan pertama beliau bagi kejohanan FIDE ini...bersembur air liur Nik Farouqi sewaktu move ke 14 menyebabkan sedikit gangguan moral kepada Nasrul...Selepas gangguan moral dengan baju bergambar sendiri dan tengkorak, kali ini Nasrul diuji lagi dengan opening "air liur bersembur", di mana beliau mungkin terpaksa bermain dengan topeng sekiranya gangguan moral seperti ini berlanjutan pada masa akan datang...untuk maklumat lanjut bagaimana air liurnya tersembur, sila hubungi Nik Farouqi sendiri kenapa secara tiba-tiba beliau menyemburkan air liur sewaktu move ke 14, hanya beliau yang boleh beri penjelasan sejelasnya sehingga Nasrul terpaksa mandi dua kali selepas game tersebut..... kesimpulannya, Nik Ahmad Farouqi vs Nasrul Humaimi : 1-0.

Kredit kepada Abe Mei hok sudi mari tengok sekejap perlawanan kami malah sediakan dua botol LIVITA untuk memberi tenaga luar biasa kepada kami...

Game tidak dapat diupload lagi kerana internet terlalu slow, walau bagaimanapun ambo letak baki perlawanan minggu lepas bagi perlawanan di Kota Bharu, Kelantan, terima kasih Syed Azizi yang sudi key-in game....







Monday, October 10, 2011

Marzuki berjaya mengekang kemaraan Azizul

Hasrat Azizul menambah koleksi mata penuh berjaya disekat oleh Marzuki Yaacob dengan berkongsi setengah mata pada perlawanan mereka sabtu lepas. Dengar kata Azizul dalam keadaan "time trouble" walaupun game itu memihak padanya.....Marzuki yang amat terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa serta rendah diri, apabila ditanya bagaimana beliau berjaya mencuri setengah point daripada Azizul dengan muka tenang beliau menjawab, "Main catur ni serupo belago lembu, kadang-kadang lembu hok napok monyok itu jangan di sangka mudah untuk dikalahkan...yang monyok itu sebenarnya menyimpan seribu persoalan apabila dilepaskan".......beliau menyambung lagi, "begitulah jugak dengan ambo, walaupun ambo selalu tido semasa perlawanan, sekali ambo bangun tido, ambo ghaso kekuatan ambo buleh mengalahkan kedua-dua ekor lembu belago tersebut"....

Nampaknya semua pemain Kelantan based telah berjaya melangsaikan hutang perlawanan masing-masing...keputusan-keputusan lain adalah:

Baharuddin vs Azlin : 1-0
Baharuddin vs Marzuki : Draw
Syed Azizi vs Baharudin : 1-0
Azlin vs Nik Nazri : 0-1

Kita saksikan sedutan perlawanan Marzuki melawan Azizul............

Friday, October 7, 2011

Layan blues.....

Jangan jelos semua pemain lain deh...ambo nok barbat sikit jah....gambar klasik ni...Mahadzir zaman ni amat bersopan...

Thursday, October 6, 2011

Kedudukan terkini sehingga 1/10/2011

Acu kklik bbesar kat image di bowoh...nati buleh tengok dengan jelas kedudukan terkini....any comment?

Wednesday, October 5, 2011

Ado ado...tempoh bertenang

Mungkin ramai tertanya-tanya kemana pemain2 kerana sekarang blog nampak senyap sunyi...aktiviti-aktiviti pemain-pemain masih diteruskan kerana fasa ketiga iaitu menggabungkan kesemua pemain untuk berentap menghabiskan kejohanan akan diadakan hujung november, jadi pemain-pemain masih berpeluang mendapat sedikit tips dari jurulatih masing-masing dan berpeluang mengasah kekuatan di medan pertandingan yang lain.

Sumber gambar : Hairulov FB

Aktiviti terbaru nampaknya perjumpaan semula pemain-pemain otai catur kelantan seperti Ahmad Maliki dan Azhari Mohd Nor yang khabarnya teruja untuk kembali bermain catur setelah melihat kehebatan Ezmi membuat comeback dalam arena catur. Ezmi juga sentiasa membawa jurulatih peribadinya iaitu IM Mas Hafizul untuk mengasah bakat2 lama pemain catur tersebut.

Sementara itu, Ezmi juga membuat satu kejutan ke atas seorang budak kecil pada kejohanan Stonemaster amatur yang juga disertai oleh Ariez, di mana beliau membuktikan betapa beliau terlalu kuat bagi budak tersebut. Pada awal permainan, beliau bermain tanpa queen (lihat gambar di mana queennya sengaja diletakkan diluar), tetapi akhirnya beliau menang bergaya dengan checkmate! Hasil analisis, didapati kotok kale biru mungkin penyebab kekalahan tersebut kerana jika kotok kale kuning, setakat ini ramai pemain Kelantan Fide kecundang seperti Wan Mahadzir, Nik Farouqi dan Marzuki.

Hah..ini siapa pula? Macam kenal...tak lain tak bukan Wan Tarmizi...beliau merupakan abang kepada Wan Mahadzir yang juga aktif bermain di tournament sekitar Lembah Klang...jika diperhatikan, abang Wan Mahadzir ini jauh lebih sopan berbanding dengan Wan Mahadzir ketika bermain catur.......

Nantikan pusingan ketiga Pemain Kelantan hujung minggu ini dan juga game dari Nik Farouqi yang masih belum memulakan permainan beliau....dijangka Nik Farouqi tidak menghadapi masalah untuk berdepan dengan pemain-pemain lain tetapi beliau juga harus berwaspada kerana kekuatan pemain lain bukan terletak pada keupayaan bermain catur sahaja tetapi mempunyai sifat luar biasa ketika bermain...

Saturday, October 1, 2011

Nik Nazri vs Marzuki vs : 0-1

Match of the day....game paling payoh nok key-in sebab tulise udoh....

Lagi game hari ni...

kemah abe leng kito key in terus..ambo bubuh selaluh la, takut lupo....game marzuki jah payoh sikit nok key-in..tulise huduh po nyepak..

Jiji baru kelik sekoloh tu...ado tusyen hari ni





Paka analisa gambar je lah...gayo mace GM Bok Bong...


Pertandingan menjadi semakin rancak...kekuatan sukar dijangka..



Pertandingan kini menjadi semakin rancak. Hari ini Azizul masih lagi mengekalkan mata penuh dengan menewaskan Nik Nazri dan Syed Azizi. Buat pertama kalinya, Azlin berjaya memecahkan kebuntuan dengan berjaya mencuri setengah mata dengan Syed Azizi. Strategi menjamu Azizi makan sapa kenyang nampaknya menjadi kerana Syed Azizi kelihatan mengantuk ketika perlawanan...Marzuki pula menang dengan Nik Nazri dengan begitu penuh keyakinan selepas video lawak siam lakonannya semakin mendapat perhatian di seluruh negara. Bakat semula jadi beliau melawak seharusnya tidak dipersiakan begitu sahaja ketika bermain catur...Malang sekali buat Nik Nazri yang masih mencari kemenangan atau sekurang-kurangnya mencari setengah mata bagi kejohanan ini...Baharudin hari ini tidak bermain atas sebab2 tidak dapat dielekkan..

Perjalanan masih jauh...banyak lagi perlawanan yang belum diselesaikan..macam-macam boleh berlaku...nanti ambo update game pulok..dengar kato Syed Azizi akan cuba sediakan pgn file untuk ambo upload kerana hari tu ambo sudah puji tulise dio sangat comel(tapi meme comel sungguh berbanding dengan tulisan player lain yang sangat sukar nak dibaca, habis bekuca lana, jadi dia jadi teruja nak bantu...

tok de nok barbat mano wei...penat sengoti..janji rock duo butir bak kato madir!

Keputusan lengkap game hari ini:

RND 3










Name
Res.
Name


Baharuddin Hamzah
-
Norazlin Juarih


Mohd Azizul Mat Daud
1 – 0
Syed Azizi Abd Rahman


Nik Mohd Nazri
0 – 1
Marzuki Yaacob






RND 4










Name
Res.
Name


Baharuddin Hamzah
-
Marzuki Yaacob


Mohd Azizul Mat Daud
1 – 0
Nik Mohd Nazri


Syed Azizi Abd Rahman
draw
Norazlin Juarih


Dari bilik berito, ambo hanyo terimo satu game dari Azlin..katonyo dio nok besoho sikit sebab buleh seri dengan Syed Azizi, Johan Kelantan closed 2010..moga-moga sapo2 hok belum lawe denge dio lagi jadi koho takut dan sekom...