Showing posts with label MAHADZIR. Show all posts
Showing posts with label MAHADZIR. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

T.A.M.A.T.

Akhirnya, selesai 1st Kelantan FIDE Rated dengan berakhirnya 3 perlawanan yang masih berbaki. Wan Mahadzir mendapat 2 mata penuh daripada perlawanan menentang Azlin dan juga Syed Azizi, manakala Syed Azizi menang perlawanan yang satu lagi menentang Ariez yang tetap dengan blundernya. Dalam perlawanan Norazlin vs Wan Mahadzir, Azlin membuat blunder dengan 19.Kf2 menyebabkan Maday berjaya menghabiskan kesemua pawn chain kepunyaan lawannya dengan menggunakan kuda beliau yang melakukan 6 gerakan yang bersimpang siur.




Live di chess.com

Perlawanan Ariez vs Syed Azizi disiarkan secara langsung di chess.com hasil usaha Cikgu Azizul dan merupakan satu perlawanan yang seimbang sehinggalah Ariez tiba-tiba mendapat kekuatan selepas menghirup beberapa teguk air (kopi janda?). Kekuatan tersobut membolehkan Ariez mendapat peluang untuk mencuri satu anak dinosour di petak a7. Namun demikian, dengan muka konfiden, Ariez memilih untuk tidak mengambil pawn tersebut, tapi menyerang dengan 27.Qc4?? Blunder ini menyebabkan Queennya mati untuk menghalang checkmate backrank membawa kepada kekalahan beliau.

Ariez vs Syed Azizi






Maday vs Syed Azizi

Perlawanan Wan Mahadzir vs Syed Azizi merupakan perlawanan antara 2 orang yg 'soft-spoken' bak kata Abe Mey. Tetapi permainan tersebut jauh daripada 'soft' kerana Wan Mahadzir bermain kasar menyerang Syed Azizi tanpa castling pun. Hanya setelah Syed Azizi lembik lotek baru lah dia castling. Namun, beliau terlepas untuk checkmate awal di gerakan ke 22 apabila dengan rakusnya merodok Bishop Syed Azizi (sepatutnya beliau menggerakkan 22.Rdh1 checkmate in 3 moves). Walaubagaimanapun, serangan beliau menyebabkan Syed Azizi menyerahkan Queen dan, bak kata omputeh, "the rest is a matter of technique". Saksikan.




Maka tamatlah riwayat 1st Kelantan FIDE Rated. Semoga bertemu lagi di 2nd Kelantan FIDE Rated, insha Allah...

MAJULAH CATUR UNTUK PCNK!

Wednesday, December 7, 2011

Draw lagi...

Takde makcik cleaner nak ambik gambar

Nampaknya Baha sekarang sudah boleh dipanggil pakar draw apabila beliau berjaya menDRAWkan ketiga-tiga lawan beliau Ariez, Wan Mahadzir dan Nasero. Kesemua game berjaya dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tanpa disaksikan oleh beribu-beribu penyokong The Red Knights. Dalam permainan Ariez vs Baha, kedua-dua pemain bermurah hati menyedekahkan Rook kepada lawan masing-masing, menyebabkan kedua-dua bersetuju bahawa mereka berdua adalah seorang yang pemurah. Walaupun tulisan tangan Ariez teruk gile, tapi berbekalkan pengalaman seorang cikgu, Azizul berjaya mengungkai misteri yang tersirat dan tersurat (ada salah tulis move lagi). Saksikan game mereka:




Ini dia tulisan tersobut...


Game Mahadzir vs Baha pula pada mulanya penuh dengan api. Namun, setelah semua buah accident sesama sendiri, hanya tinggal Bishop lain colour yang teorinya seri. Tapi kedua-duanya masih berdegil berpusing-pusing di tempat kejadian, sehingga cikgu Azizul tidak dapat memasukkan kesemua moves yang ada dalam scoresheet kerana threefold repetition telah berlaku seawal gerakan ke - 59. Saksikan:




Diorang ni main sampai tak perasan 3-fold repetition


Game yang ketiga Baha vs Nasrul, bermula dengan garang apabila Nasrul dengan berani membentangkan Benko Gambit untuk dibahaskan. Baha dengan selamba memilih untuk castling secara manual apabila menukar Bishop di petak f1. Setelah sesi penyusunan buah selesai, Baha memulakan rentak dengan menolak pawn f sampai ke petak f6 untuk checkmate, tetapi Nasrul masuk ikut pintu belakang dan memaksa pertukaran Queen. Game bersambung dengan perlumbaan pawn, tapi kedua-duanya bersetuju bahawa perlumbaan tersebut akan mencemarkan kredibiliti game yang indah ini. Saksikan:




Saturday, December 3, 2011

Cikgus membuktikan kekuatan

4 perlawanan telah diadakan pada hari ini. Walaupun bermula agak lewat, namun kesemua permainan berjaya ditamatkan. Cikgu Azizul membuktikan beliau masih mampu untuk bersaing merebut kejuaraan apabila memenangi kedua-dua permainan menentang Wan Mahadzir dan juga Ariez, manakala Cikgu Nik Nazri berjaya mengumpul 1.5 mata setelah menang dengan Wan Mahadzir dan seri dengan Ariez.

Keputusan penuh:

11 pagi



Wan Mahadzir 0 - 1 Mohd Azizul
Ariez seri Nik Nazri

3 petang



Ariez 0 - 1 Mohd Azizul
Nik Nazri 1 - 0 Wan Mahadzir











Wednesday, November 30, 2011

Game Semasa Asian Amateur

Dalam kesibukan para peserta bertanding dalam Asian Amateur, tanggungjawab kepada 1st FIDE Rated tidak dilupakan. Banyak games berjaya diselesaikan, antaranya:

Syed Azizi 1 - 0 Ezmi
Syed Azizi 1 - 0 Farouqi
Abdul Haq 1 - 0 Syed Azizi
Marzuki seri Abdul Haq
Wan Mahadzir 0 - 1 Farouqi
Marzuki seri Wan Mahadzir



Tuesday, September 27, 2011

Mahadzir The Bigot among Beegots....

Bigot tak saya? awww...

Kkakah ni meme hebat, mari jauh-jauh, naik air asia, hanya melepaskan satu point sahaja kepada Abdul Haq (tok leh nafi doh kekalahan ini sebab lawe incredible hulk meme payoh).....menang bergaya dengan Ariez sehingga berjaya menawan "queen" Ariez dan seri dua kali dengan Nasrul dan Ezmi selepas berhempas pulas dengan stalemate dan ulang-alik ke tandas...jadi ambo raso dio layak diberi title "Mahadzir the Bigot"...sapo2 tok taju bigot tu gapo namo ghima, jange tanyo lebih-lebih sebab setakat ni maksud bigots itu masih lagi tak dapat di revise oleh mana-mana kamus kerana perkataan itu sangat unik dan luarbiasa bagi mereka yang beegots!!! Cumo kalu bigot tu untuk singular, kalu beegots tu untuk plural lah......

Disini ambo bubuh dua games mahadzir untuk tatapan dan sebagai pelengkap entry games ambo bagi set2 KL yang berentap dua minggu lepas....entry lepas ni kito barbat aloh ko pantai timur pulop.

[White "Wan Mahadzir Wan Sulaiman"]
[Black "Muhd Ariez Azman"]
[Result "1-0"]

1.Nf3 Nf6 2.g3 d6 3.Bg2 g6 4.d3 Bg7 5.O-O O-O 6.e4 e5 7.Nc3 c6 8.Re1 Be6 9.Ng5 h6 10.Nxe6 fxe6 11.f4 exf4 12.gxf4 d5 13.e5 Nh5 14.Qg4 Qe7 15.Qxg6 Nxf4 16.Bxf4 Rxf4 17.Bh3 Kh8 18.Rf1 Bxe5 19.Qxh6+ Qh7 20.Qxe6 Bd4+ 21.Kh1 Rxf1+ 22.Rxf1 Qg7 23.Qe8+ Kh7 24.Rf7 {ddeee dio maghi biso, queen pun dio gomo} Kh6 25.Rxg7 Kxg7 26.Qe7+ Kg6 27.Qxb7



[White "Wan Mahadzir Wan Sulaiman"]
[Black "Nasrul Humaimi Mahmood"]
[Result "draw"]

1.e4 e5 2.Nf3 Nc6 3.Bc4 Bc5 4.c3 Nf6 5.d4 exd4 6.cxd4 Bb4+ 7.Bd2 Bxd2+ 8.Nbxd2 d5 9.exd5 Nxd5 10.O-O O-O 11.Nb3 Bg4 12.h3 Bh5 13.g3 Kh8 14.Kg2 b6 15.Qd2 f5 16.Ne5 Qd6 17.f4 Rad8 18.Rac1 Nf6 19.Nxc6 Qxc6+ 20.Kh2 Qd6 21.Qg2 Be8 22.Bd3 c5 23.Bxf5 Nd5 24.Qe4 Bb5 25.dxc5 Qf6 26.Rfe1 Qxf5 27.Qxf5 Rxf5 28.Nd4 Nxf4 29.Nxb5 Nd3 30.Rcd1 Rfd5 31.Nd6 R5xd6 32.cxd6 Nxe1 33.Rxe1 Kg8

Friday, September 23, 2011

ABDUL HAQ KUAT SEGHUPO INCREDIBLE HULK

Bowoh ni adolah 2 game lagi di mana Abdul Haq dengan begitu mudah menewaskan Wan Mahadzir dan Nasrul Humaimi.....seperti bezo seekor semut dengan dinasour, keduo-duo game ini tidak perlu lagi ambo analisis sebab Fritz kato buang masa sahaja kalau nok analisis...jadi ambo hanyo letakkan notation dan replayer sahajo lah, moga-moga pengunjung enjoy dengan persembahan level high rated player.........tapi gak kalu bab dinasour, ambo ghaso syed azizi akan beri tentangan sangat hebat kepada Haq nanti kerana hanya syed azizi yang pakar tentang dinasour....

[White "Abdul Haq Mohamed"]
[Black "Wan Mahadzir Wan Sulaiman"]
[Result "1-0"]

1.e4 e6 2.d4 d5 3.e5 c5 4.Nf3 Nc6 5.Bb5 Bd7 6.O-O c4 7.Nc3 Nge7 8.b3 a6 9.Bxc6 Bxc6 10.Ng5 h6 11.Nh3 b5 12.Ne2 g5 13.Ng3 Ng6 14.Nh5 Be7 15.f4 Kd7 16.fxg5 Bxg5 17.Rxf7+ Kc8 18.Bxg5 hxg5 19.Qg4 Bd7 20.Nf6 Ra7 21.Nxd7 Rxd7 22.Qxe6 Nf4 23.Nxf4 gxf4 24.Qxa6+ Kc7 25.Qa7+ Kc6 26.Qc5+ Kb7 27.Qxb5+ Kc8 28.Qc6+ Qc7 29.Qa8+ Qb8 30.Qxb8+ Kxb8 31.Rxd7 f3 32.bxc4 dxc4 33.Rb1+ Kc8 34.Rbb7 f2+ 35.Kf1 c3 36.e6.....patut awal-awal lagi buleh resign doh, tapi mahadzir kato takut kesie ko haq mari jauh-jauh main sekejap jah...



[White "Abdul Haq Mohamed"]
[Black "Nasrul Humaimi Mahmood"]
[Result "1-0"]

1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 Nf6 5.Nc3 a6 6.Bd3 e5 7.Nf5 Bxf5 8.exf5 Nc6 9.Bg5 Be7 10.Bxf6 Bxf6 11.Be4 Rc8 12.Nd5 O-O 13.O-O Be7 14.Re1 Re8 15.Re3 Bf8 16.Rh3 Qg5 17.Rh5 Qd8 18.Qg4 f6 19.Rxh7 Kxh7 20.Qh5+ Kg8 21.Nxf6+ gxf6 22.Bd5+ Kg7 23.Qg6+ Kh8 24.Qg8# ......ambo bui peluang Haq checkmate ambo, baru dio ghaso besoho sebab oghe lain main resign awal-awal lagi, jadi bilo lagi dio nok wat checkmate.....



Gitulah dulu kisah hari ini.....ambo hutang 3 game lagi tok key in (mahadzir vs ariez...di mana mahadzir berjaya memikat queen ariez yang khabarnyo ada pergolakan rumahtangga dengan king nya), game (ezmi vs ariez, di mana teori sepantas-pantas tupai berlari, akhirnya kaloh juga kepada siput, di mana ezmi yang bermain macam tupai keriangan, terpakso akur jugok dengan ariezsiput yang bermain dengan penuh licik) dan game last sekali adalah game (nasrul lawan mahadzir, yang menyaksikan kedua-dua pemain ini saling bertukar keluar masuk jamban disebabkan kesejukan air-con)......

jadi nanti lah ambo update....sementara itu, esok akan berlangsung game di antara pemain-pemain kelantan based (yang berada di kelantan ketika ini) iaitu sebanyak 2 pusingan akan dijalankan...perlawanan tumpuan semestinya perlawanan antara azlin dan marzuki kerana kedua-dua pemain ini mempunyai skill yang amat luar biasa dari segenap segi.....

Ezmi Mahmood VS Wan Mahadzir

Sapa pucat muka Wan Mahadzir sebab gerun main nge guitarist Panca Sitara...

Game seterusnya untuk dipersembahkan hari ini antara dua jaguh catur dari belanda iaitu Wan Mahadzir dan Ezmi...kedua-dua pemain menunjukkan skill blunder tahap tinggi di mana pada suatu ketika Mahadzir membuat move level unrated player yang manakala Ezmi pulok kalau ikut atas kertas 100% sudah menang perlawanan ini tetapi kerana ketamakan mengambil buah free, maka terpaksalah terima keputusan seri....mari kita saksikan game menarik ini...

[White "Mohd Ezmi Mahmood"]
[Black "Wan Mahadzir Wan Sulaiman"]
[Result "0.5-0.5 atau DRAW"] -keno tulis biar jelas nanti keno komen pulok gak penat nnok bbetul pulop...

1.g4 c5 2.Bg2 d5 3.e3 Nc6 4.h3 e5 5.Ne2 Be6 6.Ng3 g6 7.c4 Bg7 8.Nc3 Nge7 9.cxd5 Nxd5 10.Qa4 O-O 11.Qb5 Nxc3 12.dxc3 Qb6 13.Bxc6 bxc6 14.Qe2 Rab8 15.e4 Rfd8 16.O-O c4 17.Rb1 Qa5 18.a3 Rd3 19.Bg5 h6 20.Be3 Rbd8 21.Rfd1 Qa4 22.Rxd3 cxd3 23.Qd2 Qc2 24.Rc1 Qxd2 25.Bxd2 c5 26.c4 Bf6 27.b4 cxb4 28.axb4 Bg5 29.Nf1 Rd4 30.Bxg5 hxg5 31.Nd2 Kg7 32.f3 Bxc4 {begapo namo ghima ni..sacrifice pesen baru ko?}

33.Rxc4 Rd7 34.Kf2 Kf6 35.Rc6+ Ke7 36.Ke3 Rb7 37.Kxd3 Rxb4 38.Rc7+ Kf6 39.Rxa7 Rd4+ 40.Ke2 Kg7 41.Rc7 Ra4 42.Nc4 Ra2+ 43.Ke3 Rc2 44.Kd3 Rc1 45.Kd2 Rh1 46.Nxe5 Rxh3 47.Rxf7+ Kh6 48.Nd7 Rh2+ 49.Ke3 Re2+ 50.Kxe2 {baso tokleh kelih buoh free...ambik selaluh....stalemate!}


Game penuh boleh dimainkan semula di sini (guano jadi skema molek ayat hari ni, keno sumpahan ko):



Nasib baik jugok game ni seri, kalu dok gak Ezmi wat lagu Nordin Ahmad pulok, nayo set kito lako2...