Showing posts with label BAHARUDDIN. Show all posts
Showing posts with label BAHARUDDIN. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Haq Juara!!

Haq dengan hadiah yang dimenangi

Abdul Haq
telah menjadi juara pertama Kejohanan Kelantan FIDE Rated walaupun kejohanan masih berbaki 3 permainan. Dengan menewaskan Baharuddin, Abdul Haq memintas Nik Ahmad Farouqi dengan 9.5 mata. Keputusan ini menyebabkan Nik Ahmad Farouqi jatuh ke kedudukan kedua dengan 9 mata. Tempat ketiga pula disandang oleh Mohd Azizul setelah tewas kepada Naserov yang tiba-tiba bermain seperti sepupunya Kasparov dari Russia. Mohd Azizul menamatkan kejohanan dengan 8 mata dan tidak akan dapat dikejar oleh Syed Azizi sekalipun beliau menang kedua-dua permainan terakhir menentang Ariez dan Wan Mahadzir Sabtu ini.

Saksikan permainan-permainan menarik yang berlangsung semalam.






Baki 3 permainan tersebut adalah:

Wan Mahadzir vs Syed Azizi
Norazlin vs Wan Mahadzir
Ariez vs Syed Azizi

Wednesday, December 7, 2011

Draw lagi...

Takde makcik cleaner nak ambik gambar

Nampaknya Baha sekarang sudah boleh dipanggil pakar draw apabila beliau berjaya menDRAWkan ketiga-tiga lawan beliau Ariez, Wan Mahadzir dan Nasero. Kesemua game berjaya dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tanpa disaksikan oleh beribu-beribu penyokong The Red Knights. Dalam permainan Ariez vs Baha, kedua-dua pemain bermurah hati menyedekahkan Rook kepada lawan masing-masing, menyebabkan kedua-dua bersetuju bahawa mereka berdua adalah seorang yang pemurah. Walaupun tulisan tangan Ariez teruk gile, tapi berbekalkan pengalaman seorang cikgu, Azizul berjaya mengungkai misteri yang tersirat dan tersurat (ada salah tulis move lagi). Saksikan game mereka:




Ini dia tulisan tersobut...


Game Mahadzir vs Baha pula pada mulanya penuh dengan api. Namun, setelah semua buah accident sesama sendiri, hanya tinggal Bishop lain colour yang teorinya seri. Tapi kedua-duanya masih berdegil berpusing-pusing di tempat kejadian, sehingga cikgu Azizul tidak dapat memasukkan kesemua moves yang ada dalam scoresheet kerana threefold repetition telah berlaku seawal gerakan ke - 59. Saksikan:




Diorang ni main sampai tak perasan 3-fold repetition


Game yang ketiga Baha vs Nasrul, bermula dengan garang apabila Nasrul dengan berani membentangkan Benko Gambit untuk dibahaskan. Baha dengan selamba memilih untuk castling secara manual apabila menukar Bishop di petak f1. Setelah sesi penyusunan buah selesai, Baha memulakan rentak dengan menolak pawn f sampai ke petak f6 untuk checkmate, tetapi Nasrul masuk ikut pintu belakang dan memaksa pertukaran Queen. Game bersambung dengan perlumbaan pawn, tapi kedua-duanya bersetuju bahawa perlumbaan tersebut akan mencemarkan kredibiliti game yang indah ini. Saksikan:




Saturday, November 19, 2011

Nik hampir mendapat mata penuh

Nik Ahmad Farouqi mengapuhkan kekelikannya ke Kelantan dengan mengutip mata demi mata dalam usaha beliau untuk menjadi juara pertama 1st FIDE Rated. Bermula cemerlang di Kuala Krai dengan membelasah Krai Master Baharuddin sampai dia tak dapat makan roti canai guna tangan lagi, Nik disekat oleh Nik apabila Nik memaksa Nik menerima tawaran draw.


Keesokan harinya Nik tiba liwat di Insta FOrex untuk memblunder Jijoe yang telah menunggu beliau sejak jam 8 pagi. Ini menyebabkan Jijoe blunder digerakan ke 18 dengan Nxb5. Namun begitu Jijoe sempat berbangga apabila mentrick Nik dengan membawa game ke arah Morra Gambit, opening yang Nik sendiri gunakan. Setelah kejutan awal itu, Nik menyodok Marzuki dan juga Azlin dengan rakus sekali. Marzuki yang dipanggil secara rawak setelah dinosour Syed Azizi belum kebah daripada demam telah disodok sebelum itu oleh kebangkitan Hero yang boleh berbangga dengan 2 kemenangan ke atas pemain rated.


Dengan ini, AZLIN MASIH MENCARI KEMENANGAN PERTAMA.


Keputusan:

18 Nov 2011

9 pagi

Nik Nazri 1 - 0 Ezmi
Nik Farouqi 1 - 0 Baharuddin





2 petang

Nik Nazri draw Nik Farouqi
Ezmi 0 - 1 Baharuddin





19 Nov 2011

9 pagi

Azizul 0 - 1 Nik Farouqi
Marzuki 0 - 1 Ezmi






12 tengahari

Marzuki 0 - 1 Nik Farouqi
Ezmi 0 - 1 Azizul







20 Nov 2011


9 pagi


Azlin 0 - 1 Nik Farouqi



Liputan ini juga boleh didapati dalam Bahasa Inggeris standard di laman My Chess Life jika anda bermasalah untuk memahami post ini.

Saturday, October 15, 2011

Keputusan terkini di DATCC hari ini

Keputusan terkini pada pagi ini adalah memihak kepada Nik Farouqi yang memulakan perlawanan pertama beliau bagi kejohanan FIDE ini...bersembur air liur Nik Farouqi sewaktu move ke 14 menyebabkan sedikit gangguan moral kepada Nasrul...Selepas gangguan moral dengan baju bergambar sendiri dan tengkorak, kali ini Nasrul diuji lagi dengan opening "air liur bersembur", di mana beliau mungkin terpaksa bermain dengan topeng sekiranya gangguan moral seperti ini berlanjutan pada masa akan datang...untuk maklumat lanjut bagaimana air liurnya tersembur, sila hubungi Nik Farouqi sendiri kenapa secara tiba-tiba beliau menyemburkan air liur sewaktu move ke 14, hanya beliau yang boleh beri penjelasan sejelasnya sehingga Nasrul terpaksa mandi dua kali selepas game tersebut..... kesimpulannya, Nik Ahmad Farouqi vs Nasrul Humaimi : 1-0.

Kredit kepada Abe Mei hok sudi mari tengok sekejap perlawanan kami malah sediakan dua botol LIVITA untuk memberi tenaga luar biasa kepada kami...

Game tidak dapat diupload lagi kerana internet terlalu slow, walau bagaimanapun ambo letak baki perlawanan minggu lepas bagi perlawanan di Kota Bharu, Kelantan, terima kasih Syed Azizi yang sudi key-in game....







Friday, September 30, 2011

Azizul menang bergaya, Azlin masih mencuba

Azizul menang bergaya dengan Baharuddin pada set pertama..entah mengapa Baharudin menjadi sangat sekung pada set yang pertama...mungkin juga mengakui kekuatan pemain Malaysia masih jauh lagi daripada pemain Liverpool ada sedikit kaitannya...dikhabarkan selepas game ini, Baharuddin memberitahu dia telah touchmove pawn f6, jadi dia secara profesional meneruskan juga perlawanan...walaubagaimanapun, Azizul agak memulas perut juga apabila move f6 Baharuddin mungkin opening dan preparation terkini Baharuddin untuk kejohananan ini......siap Azizul buleh kato jaringan Suarez minit ke-9....ambo male ni tok leh nok barbat mmano, ngatuk sangat doh, idea pun jjadi takdok...bimbe jugok ni kalau2 blunder buat liputan....

[White "Azizul"]
[Black "Baharuddin"]
[Result "1-0"]

1.Nf3 f6 2.d4 b6 3.d5 Ba6 4.b3 c6 5.c4 Nh6 6.Bxh6 gxh6 7.e4 cxd5 8.Qxd5 Nc6 9.Qh5#

Laa..tok sempat nok bukok fritz lagi nok analisis, check mate kketol doh...



[White "Azizul"]
[Black "Norazlin"]
[Result "1-0"]

1.Nf3 Nc6 2.d4 d5 3.Bf4 Bf5 4.c3 e6 5.e3 Bd6 6.Bd3 Bg4 7.Bxd6 Qxd6 8.Nbd2 e5 9.dxe5 Nxe5 10.Be2 Nf6 11.Nxe5 Bxe2 12.Qxe2 Qxe5 13.Qb5+ Nd7 14.Nf3 Qe6 15.O-O-O O-O 16.Qxd5 Qxd5 17.Rxd5 Nb6 18.Rd4 c5 19.Rd3 Rfd8 20.Rhd1 Rxd3 21.Rxd3 Kf8 22.b3 f6 23.c4 Ke7 24.a4 Rd8 25.Rxd8 Kxd8 26.Nh4 g6 27.f4 Ke7 28.Nf3 Nd7 29.Kc2 Ke6 30.e4 h6 31.Kd3 Kd6 32.g3 b6 33.Nh4 Nf8 34.g4 Ke7 35.e5 Ke6 36.Nxg6 Nxg6 37.f5+ Kf7 38.fxg6+ Kxg6 39.e6 Kg7 40.Ke4 Kf8 41.Kd5 Ke7 42.h3 a6 43.h4 h5 44.gxh5 f5 45.Ke5



Tengok pada kedua-dua opening, napok mace Baha nge Azlin RETI main opening ni, tapi keno timbuk jugok..

Selepas 2 pusingan di jalankan di kelantan, Azizul masih lagi kemah keming rapat jib (ni ayat Ariez) di mana masih belum tewas pada lawannya. Sementara itu tugas berat harus digalas oleh dua pemain iaitu Norazlin dan Nik Mohd Nazri kerana masih mengintai peluang mencuri mata daripada pemain lain....yang pasti kejohanan ini sangat mendebarkan kerana keupayaan pemain membuat upset masih ada...

Atas permintaan Ezmi, dio kato biarlah game mmain alik kelate pun, tapi masa buat liputan dio nak gambar dio ado jugok...mmapuh keghah gini...jadi untuk tidak menghampakan Ezmi, ambo terpaksalah letak jugak, bak kato oghe putih : lok ko dio lah............


Wednesday, September 28, 2011

Baharudin Bangkit Semula dari tidur........

Baharudin bangkit pada pertembungan kedua beliau dengan Nik Nazri..mengapa ambo kata dia bangkit? sebab sebelum itu beliau telah tewas pada perlawanan dengan Azizul pada pusingan pertama..Kalah dengan Baharudin Touchmove Opening di mana beliau telah dicheckmate oleh Azizul dengan hanya 9 langkah pertama (nati ambo update game sensasi masa kini ini)...berikut adalah game Baharuddin the f6 master keropeh lawan Nik Nazri! Malang juga buat Nik Nazri yang masih mencari mata kemenangan sulung selepas pada game yang pertama, beliau telah tewas di tangan Dinasour master, Syed Azizi yang sekarang sudah bertukar gelaran menjadi kereto kebal.

White : Baharudin Hamzah
Black : Nik Mohd Nazri
Result : 1-0

1.Nf3 Nf6 2.c4 c6 3.Nc3 d5 4.e3 g6 5.d4 Bg7 6.Qb3 O-O 7.cxd5 cxd5 8.Bd2 Nc6 9.Rc1 e6 10.Bb5 Bd7 11.O-O Na5 12.Qb4 Bxb5 13.Qxb5 a6 14.Qb4 b6 15.Na4 Nc4 16.b3 Nxd2 17.Nxd2 Nd7 18.Rc6 b5 19.Nb2 Qb8 20.Rfc1 a5 21.Qd6 Qxd6 22.Rxd6 Rfc8 23.Rdc6 Rxc6 24.Rxc6 Bf8 25.Rc7 Nf6 26.Nd3 b4 27.Nb2 Ne8 28.Rc6 Nd6 29.f3 Nb5 30.Na4 Be7 31.Kf2 Kf8 32.Ke2 h5 33.Kd3 h4 34.h3 Ke8 35.e4 dxe4+ 36.fxe4 Rd8 37.Nf3 Nxd4 38.Nxd4 e5 39.Rc4 Rd6 40.Nc5 exd4 41.Rxd4 Rc6 42.Nb7 Rc3+ 43.Ke2 a4 44.Rd3 axb3 45.axb3 Rc2+ 46.Kf3 Bf6 47.Nd6+ Ke7 48.Nc4 Bc3 49.Ne3 Rc1 50.Kg4 Ke6 51.Nd1 Ke5 52.Kf3 Rb1 53.Ne3 Rxb3 54.Nc4+ Ke6 55.Rd6+ Ke7 56.Rd3 Rb1 57.Na5 Rf1+ 58.Kg4 Rg1 59.Kf3 Kf6 60.Nb7 Rf1+ 61.Ke3 Rb1 62.Rd6+ Kg5 63.Rd5+ Kh6 64.Rd3 f5 65.exf5 Rf1 66.Ke2 Rxf5 67.Nd6 Re5+ 68.Kf3 Kh5 69.Ne4 Rf5+ 70.Ke2 Bg7 71.g4+ !! {ambo ghaso ssini kot Baha jjadi sedap..tok tahulah betul ko dok sebab ambo guno enjin sediri jah ni...enjin naserov ver 1.1}


hxg3 72.Nxg3+ Kh4 73.Nxf5+ gxf5 74.Kf3 Kxh3 75.Rd7 Bf6 76.Rf7 Bh4 77.Rxf5 Be1 78.Re5 Bg3 79.Rh5+ Bh4 80.Rh7 b3 81.Rb7 Be7?



Ambo sempat bertanya kepada Baharudin apakah rahsia kebangkitan beliau?beliau dengan ringkas menjawab melalui sms :

"ambo terlupo ambo sedang bermain catur, ambo ingat tengoh make roti canai...tu kaloh tu, first move ingat nok cicoh kuah sekali ghuponya terpegang pawn f6....kaloh tetap kaloh, tapi jangan terkejut dengan kebangkitan ambo selepas ini"