Saturday, December 10, 2011

Abdul Haq Juara 1st Kelantan FIDE rated Event 2011.

Abdul Haq menamatkan 11 pusingan 1st Kelantan FIDE Rated 2011 dengan 8 kemenangan dan 3 seri dan tanpa tewas mengumpul 9.5 mata untuk menjadi Juara bagi edisi pertama kali ini.

Abdul Haq - Juara 1st Kelantan FIDE Rated Event 2011


Pertandingan yang bermula pada 16 September 2011 ini berakhir secara rasminya pada 4 Disember 2011 mengambil masa 3 bulan untuk dihabiskan.

Ini merupakan Kejohanan FIDE Rated pertama yang dianjurkan oleh PCNK dan seramai 12 pemain Kelantan dijemput untuk menjayakan pertandingan ini. Pemilihan pemain adalah berdasarkan 5 Pemain FIDE Rated jemputan untuk mencukupi syarat kejohanan ini layak menjadi kejohanan FIDE Rated dan 7 pemain unrated yang bersetuju memberikan komitmen untuk menamatkan kejohanan yang terdiri daripada pemain-pemain Kelantan yang aktif menyertai kejohanan tempatan dan juga pemain yang mendapat keputusan cemerlang pada Tertutup Kelantan 2011.



Kejohanan yang julung kali diadakan ini memberi banyak pengalaman baru kepada PCNK dan merapatkan hubungan antara pemain-pemain terlibat sebagai satu keluarga.

Dengan kejayaan edisi pertama ini, PCNK ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beberapa individu tertentu yang terlibat menjayakan kejohanan ini antaranya ialah IA Lim Tse Pin, En. Najib Wahab dari DATCC, Chief Arbiter Nik Azrihan, Pemain-pemain yang terlibat kerana sanggup berkorban tenaga, wang dan masa, Ira Fatiran dari MANIS FM kerana membawa PCNK ke dalam media massa, IM Mas Hafizul yang sudi memberi tunjuk ajar dan sokongan serta blogger2 catur tanahair yang sudi membuat liputan kejohanan kami yang kecil tetapi amat besar kesannya bagi kami dan juga semua peminat catur tanah air yang mengikuti perkembangan kejohanan ini.

Boleh dikatakan kesan 1st Kelantan FIDE Rated Event 2011 ini, pemain-pemain Kelantan menjadi lebih aktif di dalam catur dan bersatu sehingga Pasukan Kelantan berjaya diwujudkan untuk menyertai DATCC Team Event 2011, dan menghantar seramai 9 pemain ke Kejohanan Asian Amatur 2011 serta berjaya menarik beberapa penaja bagi PCNK.

Sukacita kami ingin berkongsi nama Kelantan dikenali oleh pemain catur dari negara luar seperti Nepal, Singapura, Indonesia dan Brunei berdasarkan pertemuan susulan dengan pemain-pemain luar yang menyapa kami semasa Penang Open 2011 baru-baru ini.

Pasukan Kelantan semasa Kejohanan Asian Amatur 2011 di Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur

Kami berharap berakhirnya edisi pertama ini akan memberi kekuatan untuk kami untuk memperbaiki mutu penganjuran di masa akan datang.

Insyaallah Kejohanan Round Robin Kelantan FIDE Rated Event akan dibuat secara tahunan dan kami dalam perancangan untuk edisi kedua nanti dengan penyertaan pemain-pemain yang lebih mencabar.

Terima Kasih sekali lagi dari kami, Majulah Sukan Catur demi Negara!

T.A.M.A.T.

Akhirnya, selesai 1st Kelantan FIDE Rated dengan berakhirnya 3 perlawanan yang masih berbaki. Wan Mahadzir mendapat 2 mata penuh daripada perlawanan menentang Azlin dan juga Syed Azizi, manakala Syed Azizi menang perlawanan yang satu lagi menentang Ariez yang tetap dengan blundernya. Dalam perlawanan Norazlin vs Wan Mahadzir, Azlin membuat blunder dengan 19.Kf2 menyebabkan Maday berjaya menghabiskan kesemua pawn chain kepunyaan lawannya dengan menggunakan kuda beliau yang melakukan 6 gerakan yang bersimpang siur.




Live di chess.com

Perlawanan Ariez vs Syed Azizi disiarkan secara langsung di chess.com hasil usaha Cikgu Azizul dan merupakan satu perlawanan yang seimbang sehinggalah Ariez tiba-tiba mendapat kekuatan selepas menghirup beberapa teguk air (kopi janda?). Kekuatan tersobut membolehkan Ariez mendapat peluang untuk mencuri satu anak dinosour di petak a7. Namun demikian, dengan muka konfiden, Ariez memilih untuk tidak mengambil pawn tersebut, tapi menyerang dengan 27.Qc4?? Blunder ini menyebabkan Queennya mati untuk menghalang checkmate backrank membawa kepada kekalahan beliau.

Ariez vs Syed Azizi






Maday vs Syed Azizi

Perlawanan Wan Mahadzir vs Syed Azizi merupakan perlawanan antara 2 orang yg 'soft-spoken' bak kata Abe Mey. Tetapi permainan tersebut jauh daripada 'soft' kerana Wan Mahadzir bermain kasar menyerang Syed Azizi tanpa castling pun. Hanya setelah Syed Azizi lembik lotek baru lah dia castling. Namun, beliau terlepas untuk checkmate awal di gerakan ke 22 apabila dengan rakusnya merodok Bishop Syed Azizi (sepatutnya beliau menggerakkan 22.Rdh1 checkmate in 3 moves). Walaubagaimanapun, serangan beliau menyebabkan Syed Azizi menyerahkan Queen dan, bak kata omputeh, "the rest is a matter of technique". Saksikan.




Maka tamatlah riwayat 1st Kelantan FIDE Rated. Semoga bertemu lagi di 2nd Kelantan FIDE Rated, insha Allah...

MAJULAH CATUR UNTUK PCNK!

Thursday, December 8, 2011

Haq Juara!!

Haq dengan hadiah yang dimenangi

Abdul Haq
telah menjadi juara pertama Kejohanan Kelantan FIDE Rated walaupun kejohanan masih berbaki 3 permainan. Dengan menewaskan Baharuddin, Abdul Haq memintas Nik Ahmad Farouqi dengan 9.5 mata. Keputusan ini menyebabkan Nik Ahmad Farouqi jatuh ke kedudukan kedua dengan 9 mata. Tempat ketiga pula disandang oleh Mohd Azizul setelah tewas kepada Naserov yang tiba-tiba bermain seperti sepupunya Kasparov dari Russia. Mohd Azizul menamatkan kejohanan dengan 8 mata dan tidak akan dapat dikejar oleh Syed Azizi sekalipun beliau menang kedua-dua permainan terakhir menentang Ariez dan Wan Mahadzir Sabtu ini.

Saksikan permainan-permainan menarik yang berlangsung semalam.






Baki 3 permainan tersebut adalah:

Wan Mahadzir vs Syed Azizi
Norazlin vs Wan Mahadzir
Ariez vs Syed Azizi

Wednesday, December 7, 2011

Draw lagi...

Takde makcik cleaner nak ambik gambar

Nampaknya Baha sekarang sudah boleh dipanggil pakar draw apabila beliau berjaya menDRAWkan ketiga-tiga lawan beliau Ariez, Wan Mahadzir dan Nasero. Kesemua game berjaya dilangsungkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tanpa disaksikan oleh beribu-beribu penyokong The Red Knights. Dalam permainan Ariez vs Baha, kedua-dua pemain bermurah hati menyedekahkan Rook kepada lawan masing-masing, menyebabkan kedua-dua bersetuju bahawa mereka berdua adalah seorang yang pemurah. Walaupun tulisan tangan Ariez teruk gile, tapi berbekalkan pengalaman seorang cikgu, Azizul berjaya mengungkai misteri yang tersirat dan tersurat (ada salah tulis move lagi). Saksikan game mereka:




Ini dia tulisan tersobut...


Game Mahadzir vs Baha pula pada mulanya penuh dengan api. Namun, setelah semua buah accident sesama sendiri, hanya tinggal Bishop lain colour yang teorinya seri. Tapi kedua-duanya masih berdegil berpusing-pusing di tempat kejadian, sehingga cikgu Azizul tidak dapat memasukkan kesemua moves yang ada dalam scoresheet kerana threefold repetition telah berlaku seawal gerakan ke - 59. Saksikan:




Diorang ni main sampai tak perasan 3-fold repetition


Game yang ketiga Baha vs Nasrul, bermula dengan garang apabila Nasrul dengan berani membentangkan Benko Gambit untuk dibahaskan. Baha dengan selamba memilih untuk castling secara manual apabila menukar Bishop di petak f1. Setelah sesi penyusunan buah selesai, Baha memulakan rentak dengan menolak pawn f sampai ke petak f6 untuk checkmate, tetapi Nasrul masuk ikut pintu belakang dan memaksa pertukaran Queen. Game bersambung dengan perlumbaan pawn, tapi kedua-duanya bersetuju bahawa perlumbaan tersebut akan mencemarkan kredibiliti game yang indah ini. Saksikan:




Tuesday, December 6, 2011

Nasero, Syed Azizi dan Nik Nazri sama2 hebat

Nampaknya dua permainan lagi telah berjaya diselesaikan pada hari ini menjelang dateline yang diberikan oleh FA Nik Ahmad Farouqi kita iaitu 10 Disember. Nasrul dan Syed Azizi telah berkongsi mata dalam permainan Reti walaupun tuan punya game kata itu adalah English. Permainan yang penuh dengan pertukaran buah membawa kepada Rook ending yang agak menarik, namun api telah dipadamkan sebelum berlaku apa2 kepada kedua-dua belah pihak.





Setelah itu, Nasero mencuri pulak mata daripada Nik Mohd Nazri setelah kedua-duanya tidak mahu mengambil risiko. Ini kata-kata Nasero:

Guano kuat2 belako set fide kelate ni...nok mencari satu kemenangan pun susoh - Nasrul vs Nazri...draw...duo2 tok se ambik risiko...:)


Senarai permainan yang dijadualkan berlangsung minggu ini adalah:

7 Disember (Rabu) di Stadium SMIV (confirmed)

Ariez vs Baharuddin
Wan Mahadzir vs Baharuddin


8 Disember (Khamis) di Stadium maya

Abdul Haq vs Baharuddin


9 Disember (Jumaat) di Insta FOREX

Norazlin vs Wan Mahadzir
Azizul vs Nasrul


10 Disember (Sabtu) di Insta FOREX

Ariez vs Syed Azizi
Wan Mahadzir vs Syed Azizi

Sunday, December 4, 2011

Ariez Menang Bergaya

Ariez mengutip satu mata berharga ke atas FIDE rated player Marzuki dengan memakai topi hikmatnya. Ariez, yang sememangnya terkenal dengan kehenseman beliau, ternyata terlampau hensem untuk ditangani oleh Marzuki yang terpukau sehingga mengorbankan Rook untuk Bishop secara entah apa-apa. Setelah itu, Marzuki sekali lagi terpukau hingga terpokai apabila sebuah lagi Bishop dingap oleh Ariez.





Sehubungan itu, hanya tinggal 10 lagi permainan yang perlu dilangsaikan, iaitu:

Wan Mahadzir vs Syed Azizi
Ariez vs Baharuddin
Azizul vs Nasrul
Nasrul vs Nik Nazri
Wan Mahadzir vs Baharuddin
Nasrul vs Syed Azizi
Baharuddin vs Nasrul
Abdul Haq vs Baharuddin
Norazlin vs Wan Mahadzir
Ariez vs Syed Azizi



Tahniah diucapkan kepada 3 pemain yang telah selesaikan semua games mereka, iaitu:

Nik Ahmad Farouqi
Mohd Ezmi Mahmood
Marzuki Yaacob

Saturday, December 3, 2011

Cikgus membuktikan kekuatan

4 perlawanan telah diadakan pada hari ini. Walaupun bermula agak lewat, namun kesemua permainan berjaya ditamatkan. Cikgu Azizul membuktikan beliau masih mampu untuk bersaing merebut kejuaraan apabila memenangi kedua-dua permainan menentang Wan Mahadzir dan juga Ariez, manakala Cikgu Nik Nazri berjaya mengumpul 1.5 mata setelah menang dengan Wan Mahadzir dan seri dengan Ariez.

Keputusan penuh:

11 pagi



Wan Mahadzir 0 - 1 Mohd Azizul
Ariez seri Nik Nazri

3 petang



Ariez 0 - 1 Mohd Azizul
Nik Nazri 1 - 0 Wan Mahadzir