PLAYERS

1. ABDUL HAQ MOHAMED - 5707544 (2096)
Seorang pemain berpengalaman yang membesar bersama-sama IM Mas Hafizulhelmi. Mempunyai permainan menyerang yang agak luar biasa dan sukar dijangka, tetapi amat tajam. Beliau pernah menewaskan beberapa IM dalam satu kejohanan di UKM dan paling manis apabila pernah berjaya mendapat keputusan seri dengan GM tersohor England, GM Nigel Short. Berdasarkan rating semasa, beliau adalah calon pilihan untuk menjuarai kejohanan ini. Beliau akan bertambah kuat apabila meminum twister orange semasa pertandingan.






2. NIK AHMAD FAROUQI NIK ABDUL AZIZ - 5701791 (2070)
Akhir-akhir ini, beliau sering kelihatan bermain di kejohanan-kejohanan yang dianjurkan di sekitar lembah Klang dan berjaya menempatkan diri dalam senarai pemenang hadiah. Hampir menjadi National Master pada tahun 2010, tetapi hajatnya tidak tercapai. Walaubagaimanapun pada tahun 2011, beliau telah menjuarai Kelantan Closed dan layak digelar Kelantan Master (walaupun title ini tidak diiktiraf FIDE). Dan paling manis, anak muda ini juga merupakan salah seorang daripada Fide Arbiter di Kelantan selain arbiter kejohanan ini, Cikgu Nik Azrihan. Masalah yang masih beliau hadapi adalah gagal memahami suku kata bahasa Kelantan kerana terlalu lama di Kuala Lumpur.




 3. MOHD AZIZUL MAT DAUD - 5701783 (2065)
Pemain berpengalaman terutama pada kejohanan antara universiti dan juga GACC. Mempunyai blog catur sendiri bermakna beliau masih lagi aktif dalam arena catur. Akhir-akhir ini beliau jarang bermain diperingkat kebangsaan oleh kerana menumpukan tanggungjawab kepada keluarga. Di peringkat sekolah pula, beliau melatih bakat-bakat baru dan juga melatih pemain-pemain MSSK sebagai persediaan mental di kejohanan MSSM. Berdasarkan rating beliau, tidak mustahil beliau boleh membuat up set pada kejohanan ini.





4. MARZUKI YAACOB - 5703654 (1916)
Lima tahun dahulu, beliau amat aktif bermain di National Closed dan kejohanan di sekitar Johor Bahru. Kejayaan paling manis untuk beliau adalah ketika hampir menewaskan adik Yeoh Li Tian (tetapi fakta ini tidak dapat dipastikan kerana akhirnya beliau tewas mudah). Pernah bermain dengan beberapa GM di kejohanan catur merdeka, namun begitu beliau terlalu mudah buat GM-GM tersebut. Pada kejohanan ini, beliau berpeluang untuk membuat comeback dalam arena catur di mana bagi beliau catur merupakan seni, dimana-mana sahaja dalam kehidupan penuh dengan seni. Adalah diingatkan beliau juga kadang-kadang bertindak diluar kawalan apabila bermain catur.





5. NASRUL HUMAIMI MAHMOOD - 5702380 (1951)
Menyimpan hasrat untuk bersara dalam arena catur, tetapi terlalu sukar buat beliau membuat keputusan. Prestasi hambar beliau dibeberapa kejohanan tempatan membuatkan beliau kurang berminat untuk meneruskan karrier sebagai pemain catur. Seperti Marzuki, beliau juga mempunyai peluang untuk membuat comeback pada kejohanan ini. Tetapi beliau harus berusaha keras kerana semua pemain dalam kejohanan ini nampaknya bukanlah budak-budak kecil yang baru hendak berkecimpung dalam permainan catur.





6. MOHD EZMI MAHMOOD - 5711746
Bukanlah adik beradik dengan Nasrul Humaimi walaupun bin nya Mahmood. Sangat aktif dalam permainan catur 10 tahun yang lalu dan memenangi banyak kejohanan pada ketika itu. Akhir-akhir ini beliau dilihat kembali ke arena catur oleh kerana mungkin jiwanya masih menebal dengan catur. Setelah kembali ke arena catur, beliau juga pernah menempatkan diri dalam senarai pemenang di beberapa kejohanan tempatan. Gaya beliau seperti seorang pendekar juga boleh membuatkan lawannya memulas perut ketika bermain.




7. MUHD ARIEZ AZMAN - 5706548
Satu ketika dahulu, pernah menjadi perintis blogger Kelantan dengan blog caturnya. Kesibukan belajar membataskan beliau aktif dengan blognya, tetapi catur tetap dijiwanya. Suka mengumpul dan mengkaji buku-buku catur membuatkan beliau juga pemain yang digeruni. Beliau pernah memenangi kejohanan-kejohanan tempatan. Bermain catur baginya seolah-olah makanan, di mana jua beliau boleh bermain termasuk digerai-gerai makan dan kedai kopi. Dijangkakan beliau akan menghabiskan khatam 3 atau 4 buku catur lagi sebelum kejohanan.




8. NORAZLIN JUARIH - 5703719
Seorang pemain yang mempunyai blog tersohor, Badbishop yang pada masa dulu hampir hampir di ban blognya gara-gara kontroversi penulisannya. Namun itu hanyalah kisah sebuah blog yang mungkin tidak boleh disamakan dengan gaya permainan beliau. Pernah aktif di National Closed tetapi masih berusaha mendapatkan rating FIDE kerana nasib tidak menyebelahi beliau apabila banyak berlawan dengan unrated player pada kejohanan tersebut. Kali ini sudah pasti beliau sudah bersedia untuk bertempur dengan sesiapa sahaja kerana sudah pasti beliau tidak mahu menjadi "aye utut" lagi sepertimana beliau pernah meluahkan rasa kecewa beliau terdahulu.



 9. NIK MOHD NAZRI NIK HASSAN - 5703956
Akhir-akhir ini, beliau selalu menjadi Johan pada kejohanan tempatan. Reputasi inilah yang memungkinkan beliau akan membuat up set kepada pemain-pemain lain, terutama pemain-pemain yang telah mempunyai rating. Bermain dengan penuh berhati-hati dan kemas dalam menyusun strategi. Beliau juga pemain yang kurang terdedah dengan gossip-gossip catur kecuali pernah di ban menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh seorang penganjur catur berkaliber tanahair. Tetapi itu sudah menjadi kisah lama...



10. BAHARUDDIN HAMZAH - 5706610
Seorang pemain yang boleh membuatkan tsunami dalam kejohanan ini. Pernah menewaskan NM Kamalariffin di kejohanan MAKSAK dan memenangi banyak kejohanan yang disertainya. Kehadiran beliau dalam kejohanan ini sudah pasti membuatkan lawannya tidak dapat tidur lena kerana gerakan-gerakan buah caturnya sangat sukar dijangka. Jika Nik Farouqi digelar Kelantan Master, beliau juga mendapat title Krai Master jadi levelnya mungkin sama kerana dua-dua adalah KM.




11. SYED AZIZI ABD RAHMAN - 5703255
Johan Kejohanan Catur Tertutup Kelantan tahun 2010 ini juga mempunyai kekuatan yang luar biasa ketika bermain catur. Tatkala ramai yang masih belum kenal dengan Syed Azizi ketika itu, ramai yang terkejut apabila ramai seeded dikalahkan seorang demi seorang. Beliau sekali lagi hampir menjuarai pada tahun berikutnya tetapi disekat oleh Nik Farouqi. Salah satu kekuatan mental beliau yang masih tidak dapat disangkal pada hari ini adalah memperkenalkan teori mengapa dinasour mempunyai leher yang panjang. Kita tunggu saksikan kejohanan kali ini, adakah beliau akan mengganas lagi.....




12. WAN MAHADZIR WAN SULAIMAN - 5704464
Seorang pemain universiti yang pada hari ini kurang aktif bermain catur di sekitar semenanjung kerana bertugas di seberang laut. Satu-satunya pemain yang bakal membuat huru hara pada kejohanan ini. Jika berkesempatan, beliau dikhabarkan akan membawa sedikit tikar alphabet untuk dijual sewaktu kejohanan berlangsung. Satu ketika dahulu, beliau selalu menyertai kejohanan catur merdeka dan kali terakhir, beliau menyertai National Closed dua tahun yang lalu. Pernah juga mengambil seekor kuda pada satu kejohanan sehingga penganjur tercari-cari kuda tersebut.




NOTA: KESEMUA GAMBAR DI DALAM LAMAN WEB INI ADALAH MENGGUNAKAN EHSAN TEKNOLOGI GOOGLE.SENARAI PEMAIN INI BUKAN MENGIKUT RANKING DAN DITULIS SECARA RAWAK.