Monday, October 10, 2011

Marzuki berjaya mengekang kemaraan Azizul

Hasrat Azizul menambah koleksi mata penuh berjaya disekat oleh Marzuki Yaacob dengan berkongsi setengah mata pada perlawanan mereka sabtu lepas. Dengar kata Azizul dalam keadaan "time trouble" walaupun game itu memihak padanya.....Marzuki yang amat terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa serta rendah diri, apabila ditanya bagaimana beliau berjaya mencuri setengah point daripada Azizul dengan muka tenang beliau menjawab, "Main catur ni serupo belago lembu, kadang-kadang lembu hok napok monyok itu jangan di sangka mudah untuk dikalahkan...yang monyok itu sebenarnya menyimpan seribu persoalan apabila dilepaskan".......beliau menyambung lagi, "begitulah jugak dengan ambo, walaupun ambo selalu tido semasa perlawanan, sekali ambo bangun tido, ambo ghaso kekuatan ambo buleh mengalahkan kedua-dua ekor lembu belago tersebut"....

Nampaknya semua pemain Kelantan based telah berjaya melangsaikan hutang perlawanan masing-masing...keputusan-keputusan lain adalah:

Baharuddin vs Azlin : 1-0
Baharuddin vs Marzuki : Draw
Syed Azizi vs Baharudin : 1-0
Azlin vs Nik Nazri : 0-1

Kita saksikan sedutan perlawanan Marzuki melawan Azizul............

1 comment: