Wednesday, October 5, 2011

Ado ado...tempoh bertenang

Mungkin ramai tertanya-tanya kemana pemain2 kerana sekarang blog nampak senyap sunyi...aktiviti-aktiviti pemain-pemain masih diteruskan kerana fasa ketiga iaitu menggabungkan kesemua pemain untuk berentap menghabiskan kejohanan akan diadakan hujung november, jadi pemain-pemain masih berpeluang mendapat sedikit tips dari jurulatih masing-masing dan berpeluang mengasah kekuatan di medan pertandingan yang lain.

Sumber gambar : Hairulov FB

Aktiviti terbaru nampaknya perjumpaan semula pemain-pemain otai catur kelantan seperti Ahmad Maliki dan Azhari Mohd Nor yang khabarnya teruja untuk kembali bermain catur setelah melihat kehebatan Ezmi membuat comeback dalam arena catur. Ezmi juga sentiasa membawa jurulatih peribadinya iaitu IM Mas Hafizul untuk mengasah bakat2 lama pemain catur tersebut.

Sementara itu, Ezmi juga membuat satu kejutan ke atas seorang budak kecil pada kejohanan Stonemaster amatur yang juga disertai oleh Ariez, di mana beliau membuktikan betapa beliau terlalu kuat bagi budak tersebut. Pada awal permainan, beliau bermain tanpa queen (lihat gambar di mana queennya sengaja diletakkan diluar), tetapi akhirnya beliau menang bergaya dengan checkmate! Hasil analisis, didapati kotok kale biru mungkin penyebab kekalahan tersebut kerana jika kotok kale kuning, setakat ini ramai pemain Kelantan Fide kecundang seperti Wan Mahadzir, Nik Farouqi dan Marzuki.

Hah..ini siapa pula? Macam kenal...tak lain tak bukan Wan Tarmizi...beliau merupakan abang kepada Wan Mahadzir yang juga aktif bermain di tournament sekitar Lembah Klang...jika diperhatikan, abang Wan Mahadzir ini jauh lebih sopan berbanding dengan Wan Mahadzir ketika bermain catur.......

Nantikan pusingan ketiga Pemain Kelantan hujung minggu ini dan juga game dari Nik Farouqi yang masih belum memulakan permainan beliau....dijangka Nik Farouqi tidak menghadapi masalah untuk berdepan dengan pemain-pemain lain tetapi beliau juga harus berwaspada kerana kekuatan pemain lain bukan terletak pada keupayaan bermain catur sahaja tetapi mempunyai sifat luar biasa ketika bermain...

No comments:

Post a Comment