Saturday, October 15, 2011

Keputusan terkini di DATCC hari ini

Keputusan terkini pada pagi ini adalah memihak kepada Nik Farouqi yang memulakan perlawanan pertama beliau bagi kejohanan FIDE ini...bersembur air liur Nik Farouqi sewaktu move ke 14 menyebabkan sedikit gangguan moral kepada Nasrul...Selepas gangguan moral dengan baju bergambar sendiri dan tengkorak, kali ini Nasrul diuji lagi dengan opening "air liur bersembur", di mana beliau mungkin terpaksa bermain dengan topeng sekiranya gangguan moral seperti ini berlanjutan pada masa akan datang...untuk maklumat lanjut bagaimana air liurnya tersembur, sila hubungi Nik Farouqi sendiri kenapa secara tiba-tiba beliau menyemburkan air liur sewaktu move ke 14, hanya beliau yang boleh beri penjelasan sejelasnya sehingga Nasrul terpaksa mandi dua kali selepas game tersebut..... kesimpulannya, Nik Ahmad Farouqi vs Nasrul Humaimi : 1-0.

Kredit kepada Abe Mei hok sudi mari tengok sekejap perlawanan kami malah sediakan dua botol LIVITA untuk memberi tenaga luar biasa kepada kami...

Game tidak dapat diupload lagi kerana internet terlalu slow, walau bagaimanapun ambo letak baki perlawanan minggu lepas bagi perlawanan di Kota Bharu, Kelantan, terima kasih Syed Azizi yang sudi key-in game....







No comments:

Post a Comment