Thursday, August 4, 2011

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERJUANG


Selamat Datang kepada pengunjung, selamat berjuang kepada pemain....hanya secebis ungkapan ini yang dapat di translasikan pada laman web ini. Laman web ini merupakan laman web BUKAN RASMI bagi kejohanan catur fide rated jemputan yang pertama yang diadakan khusus untuk 12 pemain yang terpilih untuk beraksi sesama sendiri secara round robin atau all play all....Pemilihan pemain adalah berdasarkan kesanggupan untuk memberi komitmen tinggi untuk menghabiskan 11 permainan secara round robin dengan kawalan masa 90 minit + 30 increment....Oleh kerana ini merupakan SIRI PERTAMA, maka pada masa akan datang, ramai lagi pemain-pemain yang berdaftar sebagai ahli PCNK akan dijemput untuk menyertai kejohanan seperti ini. Melihat kepada senarai pemain, rata-rata pemain berpendapat kejohanan ini bakal menyaksikan banyak kejutan-kejutan termasuk berasap kepala, memulas perut dan perlu persediaan mental yang tinggi kerana boleh dikatakan semua pemain ditahap prestasi yang sama...Tiada lagi istilah "aye utuk" atau "dinasour tekok panjang" boleh digunakan kerana masing-masing akan sedaya upaya berjuang hingga tertewasnya Raja dan Queen. Kepada semua pemain, selamat berjuang dan kepada arbiter kejohanan, FA Nik Azrihan, Insyaallah semua pemain akan bermain dengan semangat juang yang tinggi serta persembahan permainan yang berkualiti berdasarkan level pemain dan bukannya berkualiti level seperti GM. Kepada pengunjung, Insyaallah blog ini akan diupdate dari masa ke semasa sepanjang kejohanan berlangsung, tetapi perlu diingat, oleh kerana blog ini hanyalah initiatif penulis sendiri dan bukannya berbayar, janganlah terlalu mengharap satu persembahan blog yang menarik dan up-to-date, bak kata oghe kelate..."bbabak sikit sikit sudohla......"

No comments:

Post a Comment