Monday, August 8, 2011

DENGAN INI, AMBO RASMIKAN KEBARBATAN AMBO...


Hoh.....sudah masuk web FIDE, maknanya, sudah tiada lagi desas desus dan perang psikologi...semua pemain rasanya semakin bersemangat dan tidak kurang juga ada yang mula gastrik, tidak senang duduk, panas kepala dan mula sibuk mencari software2 catur kat atas KB Mall dan billion...

Yang pasti kejohanan ini akan bermula tidak lama lagi...pemain-pemain masih mempunyai sedikit masa untuk membuat persediaan mental....Nik Nazri sehingga hari ini masih belum bersuara, berkemungkinan besar menuntut dengan Grand Master Foxy di Gua musang...Grand master Foxy memang terkenal dengan DVD catur foxy training.....menyebabkan lawan-lawan lain semakin bimbang akan kekuatannya...

Syed Azizi juga masih belum memberi apa-apa feedback tetapi sudah memberi kesanggupan untuk berjuang habis-habisan untuk mengekalkan reputasi Johan Kelantan Close 2010....ambo sangat bimbang takut2 beliau makan roti basi kerana pada National closed 2010, beliau nyaris memakan roti basi yang dibeli pada hari pertama kejohanan tersebut...itu tok termasuk cerito seekor dinasour mempunyai kelebihan tekok panjang berupaya mengintai anak dara mandi kot atas...

Ariez yang terkenal dengan email ariezsiput nampaknya slow and steady sahaja...jangan lupa, walaupun slow macam siput atau kura-kura, masih lagi sejarah membuktikan si kura-kura menang dalam perlumbaan dengan arnab....

Ab Haq pula sedang memilih suite (baju kot) yang sesuai untuk dipakai sewaktu kejohanan serta perisa baru twister, Nik Farouqi masih berusaha mencari pelanggan untuk biskut rayanya dan beliau akan membuat biskut raya sambil berlatih di dapur, Wan Mahadzir sudah pun booking tiket air asia untuk berentap (tu la sapo suruh gi kijo pah alik ssaboh), Azizul pula sibuk dengan email kamera murahnya, Marzuki masih lagi kekurangan RM 28 ringgit untuk membayar duit yuran penyertaan tetapi masih lagi berpeluang kerana pada hari raya, beliau dijangka dapat mengutip duit raya hasil timbuk budak-budak, tak kurang dengan Azlin yang sedang berkira-berkira untuk menumpaskan lawannya dengan membuat checklist senarai yang beliau boleh "makan", Ezmi menambahkan lagi tonik kekuatannya kerana baru sahaja menyambut anniversary dan Baharuddin berusaha keras untuk memartabatkan kuala krai sebagai pusat catur kelantan...

Pah ambo? ambo (Nasrul) lagu ni lah...kekuatan ambo apobila ambo start aktif menulis blog, sebab suatu maso dulu ambo jadi kuat lepas menulis blog...kuat barbat dan kuat bbobok.....

wallahualam....agak-agak sapa juara? nanti ambo buat poll section...kito buat style mawi AF jah, sapo popular kito bui dio Raja Catur...

No comments:

Post a Comment