Wednesday, August 24, 2011

Gedebar ghaik....Selamat Hari Raya...

Raya tahun lepas....tahun ni kaler lain pulok, ghaso nok kuning pulok serupo kotok kale kuning

Senyap ttipah doh belako...mungkin duk shopping nok berayo bekalih...perlawanan pertama dah tak lama dah..masing-masing menyusun strategi...dengar kabar ado hok buat perlawanan persahabatan doh...

Tengok ko voting sebelah, nampaknya Kelantan Master 2011 masih mendahului...no.2 ambo???jangelah bergurau mawoh...tok kemah langsung no. 2...no.2 alik ggubak mungkin....setakat ni wan mayday belum dapat vote...acu tulong gak vote ko dio..nayo dio nak kelik dari sabah nanti....ambo nok vote pun dio bui sekali sore jah...

Apa-apopun ambo nok ucak Selamat Hari Raya Aidilfitri...besok nok kelik kelate...bersumbat molek rasanya serupo sotong sumbat....maaf ko ambo getek, takut2 tersilap kato, tersilap barbat, bergurau bewok, ado terhutang ko apo ko, tok bayar hutang lagi game hok lepah2...belako lako lah deh....

Pah, gitu la deh...kito lupo dulu pasal catur...kita sambut syawal dulu....kalu sapo2 nok wat open house, royatlah...ko nok main sepape duo ko...kalu free ambo buleh jah....

Aikk..maghi mano gambar nih...upload hok lain tubek hok lain..main jin begapo nih...bela ko dio lah..molek jugok, supaya disamping kita berhati-hati di jalan raya, kita cuba berhati-hati jugok dengan duo orang ni...ni buke org jahat...berhati-hati atas papan catur jah..


Sunday, August 21, 2011

Any updates?

Ambo pulok tanyo ado apo2 updates??? Kito berayo dululah...pah baru kito kecek kiro pasal tourney ni nanti...dengar kabar akan start minggu cuti Hari Malaysia...

Kito tunggu dan lihat sajo...

Wednesday, August 17, 2011

Penawar duka buat Azlin, Mahadir dan Nik Farouqi

Ambo dengar tiga pemain di atas pernah kena timbuk ko budok.....tapi harapan ambo supaya lepas tengok video ni, anda bertiga tak perlu berduka lagi...sebabnya? GM Kasparov pun sembelit jugak main nge budok...GM Karpov cirit birit terus...tapi tengok ko gayo air oren tu, ab haq jah setakat ni bowok air twister, sebab tu power, tapi tok power setaro bowok air pepsi kale oren...

ghasonyo nok lawe ab haq tok payah bowok buku catur doh, kita pakat baco buku donald duck jah...buleh menang bekalih..hoh..nok gi bbukok doh...



Tuesday, August 16, 2011

Malaysian Open...

Dengar-dengar Ariez nok main Malaysia Open sebagai persediaan awal kejohanan..tapi tiket nak kelik raya takdok pulok...Jange duk mengamuk seghupo ni sudoh la....mmulas perut orang lain nanti...layan video ni dulu

Friday, August 12, 2011

Ayuh kita buktikan!!!

Kemah keratan akhbar ni....tapi paling kemah acu kelih sapo dio tubek gambar paling besar dale berita ni....jago2 sikit nge dio ni...buleh wat upset ni.......

Apa-apapun...ambo sokong PCNK!!!! mari kito bangunkan betul2...

Wednesday, August 10, 2011

Pembetulan...IM Mas di sini

Napoknya sebelum pertandingan ambo buat blunder doh, mesti 11 org contender lain ssuko keghah...jange cirit birit sudoh, ambo resign terus...

Bukan blunder gapo, dikhabarkan IM Mas akan ke kejohanan (napok confirm doh sebab jurulatih beliau 2GM (Gege Getok Master) Ezmi telah memberitahu pihak media) :

1st Metropolitan International (GM/IM/WGM/WIM norm capable!)


oleh kerana kelantan tidak menjemput IM Mas untuk join 1st Kelantan Fide Rated, maka, mereka telah offer IM Mas di kejohanan ini yang juga bermula dengan 1st (sapo tiru sapo nih).....

All the best....kito sokong sokmo!! Insya-Allah!

Tuesday, August 9, 2011

Good luck IM Mas Hafizul!


Kita alih tumpuan sekejap....ambo tengok IM Mas akan bermain di Kejohanan Malaysia Open yang dibarisi banyak GM...rasanya mungkin ramadhan kali ini memberi keberkatan dan siapa tahu mungkin bakal Kelantan sekali lagi dapat mencipta sejarah melahirkan Grand Master pertama di Malaysia...

Marilah kita sama-sama berdoa supaya beliau berjaya mendapat kejayaan dan gelaran tersebut kerana setakat ini beliau sebenarnya sudah bekerja keras untuk title GM...

Nak harapkan EM (Ezmi Mahmood) jadi GM lambat lagi la...sebab beliau hanya layak mengambil gambar bersama bakal GM (tengok pos sebelum ini), tetapi dalam teori catur atau mana-mana petua catur yang ditulis dalam artikel atau buku-buku catur, bergambar dengan GM bukanlah cara terbaik untuk menjadi GM, tetapi kena usaha, study dan doa....jadi untuk adik2 yang baca entry ini, boleh bergambar, tetapi kena banyakkan praktis....muahahahaha!

Good luck IM Mas Hafizulhelmi...buat mmolek deh...acu kita imbas kembali game IM Mas (2412) masa menewaskan GM Victor Korchnoi (2607) ....memang ambo tabik spring..



Tapi kalu tengok ke game di atas, tidak kurang hebatnya game dibawah, apabila rating 1951 menewaskan rating 2167....jadi ambo clasify quality game di bawah lebih kurang sama.....cuma bezanya game hok bowoh ni player tok berapa terkenal....kihkih....(maaflah para pembaco wei, blog ni blog ambo, jange duk marah dan dengki la deh, jange duk bbulu mato, tok baik posa-posa meleting...hehe)

Monday, August 8, 2011

DENGAN INI, AMBO RASMIKAN KEBARBATAN AMBO...


Hoh.....sudah masuk web FIDE, maknanya, sudah tiada lagi desas desus dan perang psikologi...semua pemain rasanya semakin bersemangat dan tidak kurang juga ada yang mula gastrik, tidak senang duduk, panas kepala dan mula sibuk mencari software2 catur kat atas KB Mall dan billion...

Yang pasti kejohanan ini akan bermula tidak lama lagi...pemain-pemain masih mempunyai sedikit masa untuk membuat persediaan mental....Nik Nazri sehingga hari ini masih belum bersuara, berkemungkinan besar menuntut dengan Grand Master Foxy di Gua musang...Grand master Foxy memang terkenal dengan DVD catur foxy training.....menyebabkan lawan-lawan lain semakin bimbang akan kekuatannya...

Syed Azizi juga masih belum memberi apa-apa feedback tetapi sudah memberi kesanggupan untuk berjuang habis-habisan untuk mengekalkan reputasi Johan Kelantan Close 2010....ambo sangat bimbang takut2 beliau makan roti basi kerana pada National closed 2010, beliau nyaris memakan roti basi yang dibeli pada hari pertama kejohanan tersebut...itu tok termasuk cerito seekor dinasour mempunyai kelebihan tekok panjang berupaya mengintai anak dara mandi kot atas...

Ariez yang terkenal dengan email ariezsiput nampaknya slow and steady sahaja...jangan lupa, walaupun slow macam siput atau kura-kura, masih lagi sejarah membuktikan si kura-kura menang dalam perlumbaan dengan arnab....

Ab Haq pula sedang memilih suite (baju kot) yang sesuai untuk dipakai sewaktu kejohanan serta perisa baru twister, Nik Farouqi masih berusaha mencari pelanggan untuk biskut rayanya dan beliau akan membuat biskut raya sambil berlatih di dapur, Wan Mahadzir sudah pun booking tiket air asia untuk berentap (tu la sapo suruh gi kijo pah alik ssaboh), Azizul pula sibuk dengan email kamera murahnya, Marzuki masih lagi kekurangan RM 28 ringgit untuk membayar duit yuran penyertaan tetapi masih lagi berpeluang kerana pada hari raya, beliau dijangka dapat mengutip duit raya hasil timbuk budak-budak, tak kurang dengan Azlin yang sedang berkira-berkira untuk menumpaskan lawannya dengan membuat checklist senarai yang beliau boleh "makan", Ezmi menambahkan lagi tonik kekuatannya kerana baru sahaja menyambut anniversary dan Baharuddin berusaha keras untuk memartabatkan kuala krai sebagai pusat catur kelantan...

Pah ambo? ambo (Nasrul) lagu ni lah...kekuatan ambo apobila ambo start aktif menulis blog, sebab suatu maso dulu ambo jadi kuat lepas menulis blog...kuat barbat dan kuat bbobok.....

wallahualam....agak-agak sapa juara? nanti ambo buat poll section...kito buat style mawi AF jah, sapo popular kito bui dio Raja Catur...

Sunday, August 7, 2011

Kalu lagu ni kuat sengoti nih



Pening dok mmikir nok curi point lagu mano nih....soghe biso terlajak nyo wat simul nge budak2, soghe lagi duk pege hadiah dengan IM Mas....pah lagu mana nih....kuat-kuat belako ni....timbuk budak2 sapa jeghik pun kuat....

Tapi takpo, ambo ngaso hok bbowoh ni buleh make kot, dengan syarat biar dio tido ppah ceroh sebelum main...ajok dio main serial dua riyal male sebelum game...sebab dengar kata tabung nak bayar yuran kejohanan tok cukup lagi...pah esok nyo jadi gini la...


Ada berani?

Bila guna teknologi google, terjumpa lah gambar ini...kalu setara GM berpeluh-peluh main ngan Ab Haq, tok tahulah lagumana setara level contender dalam tournament ni......

Saturday, August 6, 2011

Nik Farouqi mula mencari rentak.........

PROMOSI BISKUT RAYA

HARGA : RM28.00 SEBALANG (DALAM 50 BIJI)

Jika minta dipos, bayaran pos adalah tanggungjawab pembeli.
Hubungi:
Nik Farouqi : 019-9996006


Kehangatan mula terasa...walaubagaimanapun, di bulan ramadhan ini kurangkan makan kuda...sebagai persiapan awal, Nik Farouqi cuba berjinak-jinak dengan pemain-pemain lain dengan mempromosikan BISKUT RAYA yang dijualnya....Biskut home made dan asli ini akan mula dibuka tempahan hari ini (6/8/2011) kepada mereka yang berminat. Silalah berhubung dengan Nik Farouqi untuk tempahan, moga-moga hari raya tahun ni lebih sedap dengan biskut yang harganya amat berpatutan (katanya harga anak beranak). Sayugia diingatkan tiada jaminan pemain akan menang dengan mudah apabila bertemu beliau walaupun membeli lebih dari 20 balang....

Friday, August 5, 2011

Apa kata mereka......

Khabarnya pemain-pemain mula bermain dengan serangan psikologi....ada yang berkira-kira untuk membeli tiket kapal terbang untuk pulang bermain, ada yang masih menabung duit untuk membayar yuran penyertaan, ada yang sedang membelek buku membuat persediaan dan masih ada pemain-pemain yang belum bersuara demi menumpukan pada kejohanan sebenar...Semua itu hanya asam garam dalam permainan catur...tidak sedikit pun menjejaskan persediaan mental pemain...

Pictures of the day - Marzuki with Jag (under 8 Malaysia Player)

Permainan Jag semakin lama semakin meningkat kerana bertapa dengan Marzuki. Di mana saja Marzuki pergi, maka dia pasti ditemani anak buah kesayangannya...reputasi sebagai coach pemain Malaysia pastinya memberi kesan kepada corak permainannya nanti...

Apa comment Jag tentang penyertaan coachnya dalam kejohanan ini......

"I really like to see my coach winning this prestige tournament. Although sometimes, I did not understand what he taught me during the training session since he try to teach me with high level, I believe he can managed at least increase his rating point this time. My concern is only his focus...if he focus on his game, than he is so strong, but if he not focusing his game, I am afraid he will start.....mmmm, what they call....ohhh..."barbat".....see, now I am also know what is "barbat"......this is what my coach taught me...Good luck to my coach! "

Thursday, August 4, 2011

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERJUANG


Selamat Datang kepada pengunjung, selamat berjuang kepada pemain....hanya secebis ungkapan ini yang dapat di translasikan pada laman web ini. Laman web ini merupakan laman web BUKAN RASMI bagi kejohanan catur fide rated jemputan yang pertama yang diadakan khusus untuk 12 pemain yang terpilih untuk beraksi sesama sendiri secara round robin atau all play all....Pemilihan pemain adalah berdasarkan kesanggupan untuk memberi komitmen tinggi untuk menghabiskan 11 permainan secara round robin dengan kawalan masa 90 minit + 30 increment....Oleh kerana ini merupakan SIRI PERTAMA, maka pada masa akan datang, ramai lagi pemain-pemain yang berdaftar sebagai ahli PCNK akan dijemput untuk menyertai kejohanan seperti ini. Melihat kepada senarai pemain, rata-rata pemain berpendapat kejohanan ini bakal menyaksikan banyak kejutan-kejutan termasuk berasap kepala, memulas perut dan perlu persediaan mental yang tinggi kerana boleh dikatakan semua pemain ditahap prestasi yang sama...Tiada lagi istilah "aye utuk" atau "dinasour tekok panjang" boleh digunakan kerana masing-masing akan sedaya upaya berjuang hingga tertewasnya Raja dan Queen. Kepada semua pemain, selamat berjuang dan kepada arbiter kejohanan, FA Nik Azrihan, Insyaallah semua pemain akan bermain dengan semangat juang yang tinggi serta persembahan permainan yang berkualiti berdasarkan level pemain dan bukannya berkualiti level seperti GM. Kepada pengunjung, Insyaallah blog ini akan diupdate dari masa ke semasa sepanjang kejohanan berlangsung, tetapi perlu diingat, oleh kerana blog ini hanyalah initiatif penulis sendiri dan bukannya berbayar, janganlah terlalu mengharap satu persembahan blog yang menarik dan up-to-date, bak kata oghe kelate..."bbabak sikit sikit sudohla......"