Friday, September 16, 2011

Laporan hari pertama..Kuala Lumpur based..



untuk gambar-gambar lain sepanjang kejohanan, anda boleh ke ruangan "galleries"

4 perlawanan telah dijalankan pada hari ini...perlawanan yang telah diadakan di DATCC menyaksikan Ab Haq masih mendahului dengan 2 mata penuh dengan menewaskan Ezmi dan Nasrul. Walaupun dikhabarkan pada perlawanan pertama, beliau memulas perut kerana terpaksa berjuang menentang Ezmi yang ala-ala pendekar, pada game kedua beliau mudah menewaskan Nasrul yang seolah-olah membuat King sesak nafas dari permulaan permainan. Sementara itu, sekali lagi Nasrul membuktikan beliau seharusnya memikirkan untuk bersara daripada bermain catur kerana pada pertengahan permainan, beliau berpeluang mendapat satu "piece" free, tetapi beliau tidak nampak sehinggalah membuat pergerakan lain dan akhirnya terpaksa akur dengan keputusan seri dengan Ariez...Pada set kedua, Ariez berjaya menundukkan Ezmi dengan bermain buah hitam. Beliau berkongsi rahsia kemenangan beliau iaitu mempunyai sebuah buku catur bertajuk "Black is OK!".....Setelah gagal memungut mata penuh hari ini, Ezmi telah membuat satu temujanji dengan IM Mas untuk satu sesi post-mortem, dan ini sudah pasti lawan-lawan beliau pada esok hari tidak dapat tidur dengan lena memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan bayang IM Mas pada hakikatnya.Oklah, masa amat terbatas untuk ambo update panjang-panjang...yang pasti pada hari pertama ini nampaknya pemain dah mula berasap kepala....untuk makluman juga game yang melibatkan Nik Farouqi terpaksa ditunda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Sementara Wan Mahadir nampaknya sedang praktis dengan pramugari air-asia pada penerbangan beliau dari Sabah malam ini...Bersambung esok...keputusan lengkap akan diupdate pada ruangan keputusan. Ringkasan keputusan dan gambar-gambar kenangan hari ini:

Round 1 : Ezmi vs Haq : 0-1, Ariez vs Nasrul : 0.5-0.5
Round 2 : Haq vs Nasrul : 1-0, Ezmi vs Ariez : 0-1

Terima kasih buat Mr Greg dan En Najib kerana sudi menjadi arbiter kejohanan pada hari ini serta juga terima kasih DATCC yang menyediakan tempat dan kelengkapan pertandingan.

No comments:

Post a Comment