Wednesday, October 26, 2011

Nasrul menang lagi, Azlin terus kempunan

Guano napok kembung molek Nasrul tew?

Nasrul menang lagi hari ini dengan bukamainan c4 (English) ke atas Azlin. Walaubagaimanapun, oleh kerana Cikgu Azizul telah sms untuk datang melihat game pada pagi ini, akhirnya bukamainan English tidak menjadi perfect kerana Nasrul sangat takut jika guru bahasa Inggeris ada disebelahnya. Dengan kemenangan ini, jadual terkini sudah berubah seperti berikut :

Mohon maaf, game tidak dapat diupload lagi kerana game hari ini mencecah lebih 60 gerakan gara-gara Azlin mengharapkan stalemate dari Nasrul selepas pada move 35, Nasrul telah "offer" Azlin supaya resign tetapi oleh kerana Azlin kata sejarah stalemate antara Ezmi dan Wan Mahadzir tidak mustahil akan berulang, maka game diteruskan sehingga tengahari....

Sedikit gambar2 sekitar perlawanan hari ini.....

Azizul : Leng, demo patut masuk kelas tusyen English kawe, baru buleh lawe denge English opening...kalu nok royat la, kawe pun tengah free lo ni marking kertas..
Azlin : Ho, buleh, kiro 8 kot tok atah par!

Position terakhir mengharapkan stalemate!!!.......

Tuesday, October 25, 2011

Rekod tanpa kalah Marzuki lebur, Nasrul terhutang budi dengan kelas bahasa Inggeris Cikgu Azizul

Mapuh keno jadi kameraman jugak tengoh mmain.....

Akhirnya, hari ini berkat kesabaran Nasrul cuba improve bahasa Inggerisnya yang telah beberapa kali di tegur oleh Cikgu Azizul, hari ini beliau dapat menghasilkan kemenangan sulung pada FIDE rated ini. Marzuki sangat terkejut apabila melihat Nasrul bermain english kerana sebelum ini beliau langsung tidak menduga Nasrul akan bermain english kerana telah melihat banyak kelemahan-kelemahan penggunaan grammar Nasrul yang hancur.

Berikut adalah game kedua-dua pemain tersebut. Satu ketika, apabila Marzuki memberi pawn pada e5, Nasrul terpaksa berfikir panjang gara-gara kekuatan Marzuki memang luar biasa...rupanya memang benar, beliau cuba kuca bara kan bahagian tengah dengan harapan menukar banyak pawn dengan pieces...hampir kecut perut juga Nasrul dengan kebarbatan pengerusi barbat ni.....

hoh, oghe tino ajok make malam doh...sambung lagi atau paka update hok ni jah dulu...gambar akan menyusul di mana gambar sangat pelik sebab takde makcik cleaner yang sudi tolong tangkap gambar.....jadi terpaksa ambik sendiri...



Pose menarik tiru gaya Ezmi, tapi tak sehebat Ezmi la....baju merah ni pun memain peranan penting sebab selepas Nik sembur ambo pakai baju lagu nih, ambo raso ni pelue ambo sembur Marzuki pulok, tapi oleh kerana Marzuki amat sopan, ambo tok sapa hati...

Barbat lako2!

Sunday, October 23, 2011

Ab Haq drew with Nik Ahmad Farouqi

Keputusan terkini, perlawanan kedua-dua player ini berkesudahan dengan keputusan seri. Bermain di perpustakaan awam Shah Alam kerana DATCC tutup pada hari ahad, sedikit kelam kabut dan jiwo kabot berlaku semasa perlawanan mereka kerana dikhabarkan ada staf pustaka tidak benarkan bermain catur di dalam pustaka, walaupun permainan catur itu sendiri suatu seni yang memerlukan kesenyapan sepanjang bermain...

Game kedua-dua pemain ini adalah seperti berikut..ambo tok leh barbat banyok..nak sambung perjalanan ke Kota Bharu untuk cuba memburu kemenangan sulung di Kota Bharu menentang tauke lembu dan kuba, Marzuki dan tauke jarum emas, Azlin. Hanya dua game sempat ambo setelkan kali ini, 4 game lagi bulan 12 akan diuruskan kerana melibatkan guru-guru sekolah yang katanya banyak hal dengan menanda kertas periksa, membuat lawatan sambil belajar dan sibut dengan buku ledger...



Terima kasih Nik sediakan game diatas..kalu pakat2 buat gini beghaso suko jah nok update daripada sibuk duk menanyo bilo nok updates......

Saturday, October 22, 2011

Strategi baju Ezmi tidak menjadi, akur dengan kekalahan ditangan Nik

Nik Farouqi vs Ezmi : 1-0

Hari ni berlangsung lagi perlawanan di antara Nik Farouqi dan Ezmi Mahmood. Sekali lagi Ezmi cuba bermain saiko dengan rated player di mana baju yang dipakainya mempunyai kuasa dalam yang luar biasa di mana dalam baju ada dirinya, dalam dirinya ada korok mung...

Namun begitu dilihat pada perlawanan ini, nampaknya dua-dua memang hebat kerana pada satu ketika Ezmi nampaknya sudah sedap buoh dio, tapi lepah itu Nik memaih dan paih pah ceroh sehingga dapat smula pampasan buoh yang dia nak......ahh ayat begapo ni...pah ko ambo jjadi tok betul.....



Oklah, ambo tok de nok berbarbat mano..dengar kato esok Nik akan lawan Haq, dan pada deepavali Nasrul akan berentap dengan Marzuki dan Azlin di tempat sekalo set kelantan main di forex kubang kerian..sedikit keresahan Nasrul kerana baju yang dibuatnya "jago lako2" masih belum siap kerana terpaksa memulakan perlawanan dengan lebih awal....

Acu kelih mmolek tu...tengok Ezmi tengah kusyuk, tapi Ezmi sorang lagi kat bajunya juga sedang memerhatikan...jadi strategi Nik tidak menjeling terlalu lama pada Ezmi dibaju sebenarnya sedikit sebanyak advantage kepadanya, masakan tidak pada masa yang sama Nik juga menggunakan teknik penyemburan air liur yang berkesan untuk mengaburi Ezmi dibaju itu...

Ahhhhh...ambo mengarut lagi........................................

Berita sampingan, Kelantan Team (PCNK) telah menang pada perlawanan pertama di DATCC Team event 2011 dengan kemenangan 2.5-1.5 terhadap lawannya. Syabas diucapkan dari krew bilik berita Fide Rated Kelante.

KEDUDUKAN TERKINI SEMUA PEMAIN SELEPAS PERLAWANAN INI ADALAH :


Tuesday, October 18, 2011

Nik Farouqi VS Ezmi

Hoh...tok main lagi la..sabtu ni baru main..nanti ambo update! apa-apapun layan lagu janda dulu....lagu tema dari ManisFM yang ditujukan DJ untuk semua pemain catur Fide Kelate.....

Saturday, October 15, 2011

Nik Farouqi Vs Nasrul

"Hoh..mano Josah nak gi yido.."

Ble-ble slow, ambo try lah jugok key-in...pah terpakso gi beli wireless card kat bowoh...broadband ambo tok kuat...ambo lebih rela key in dan update blog selaluh daripada pah ni ada hok dok sibuk duk mintok ambo update...ambo royat doh blog ni bukan blog rasmi pun tok pahe2...kalu rasmi dan kerja ambo ngadap blog ni takpolah jugok

Tapi takpolah..ambo tok teraso hati pun, seghabut peghut sikit2 jah...jange wi ambo ngaju sudoh, terus terkubur blog ni....janji ambo ikhlas berbarbat untuk saing2...jadi saing2 kena pahe lah kesibukan ambo untuk update blog ni...kalu ado bahan, adolah, kalu takdok, tunggu lah....pah "barbat" ni buke seghupo belago lembu, pah sekor, sekor, tapi barbat ni bilo jiwo dale maghi nge sediri....gapo2 pun hoh, ni dio game ambo lawe nik tadi...ngelah2 tu mace ado lube...tapi sebab duk mikir air liur pun tok basuh lagi, nok main cepat2 nak gi mandi...




Bila analisis balik, kalu ambo tok make (fxe4 pada move 52), move Qg5...rasanyo lain mace jadinya...yo lo ko?? ado sapo arif nok jawab....sebab Qg5 meme mengelak Qc1 + pada masa sama buleh try draw sebab buleh main Qf4...silap2 buleh mene? buleh mene? yo lo ko?.....siluman..sila beri idea! ambo sajo nak try belajar analisis game pulok.

lambat sangat jawab...ambo jawab sediri lah...ambo ghaso tok leh jugak lah...dio turun Qc3 jah protect....kesimpulannya air liur Nik meme hebat!

Keputusan terkini di DATCC hari ini

Keputusan terkini pada pagi ini adalah memihak kepada Nik Farouqi yang memulakan perlawanan pertama beliau bagi kejohanan FIDE ini...bersembur air liur Nik Farouqi sewaktu move ke 14 menyebabkan sedikit gangguan moral kepada Nasrul...Selepas gangguan moral dengan baju bergambar sendiri dan tengkorak, kali ini Nasrul diuji lagi dengan opening "air liur bersembur", di mana beliau mungkin terpaksa bermain dengan topeng sekiranya gangguan moral seperti ini berlanjutan pada masa akan datang...untuk maklumat lanjut bagaimana air liurnya tersembur, sila hubungi Nik Farouqi sendiri kenapa secara tiba-tiba beliau menyemburkan air liur sewaktu move ke 14, hanya beliau yang boleh beri penjelasan sejelasnya sehingga Nasrul terpaksa mandi dua kali selepas game tersebut..... kesimpulannya, Nik Ahmad Farouqi vs Nasrul Humaimi : 1-0.

Kredit kepada Abe Mei hok sudi mari tengok sekejap perlawanan kami malah sediakan dua botol LIVITA untuk memberi tenaga luar biasa kepada kami...

Game tidak dapat diupload lagi kerana internet terlalu slow, walau bagaimanapun ambo letak baki perlawanan minggu lepas bagi perlawanan di Kota Bharu, Kelantan, terima kasih Syed Azizi yang sudi key-in game....